Ads Top

Fathia Kongsi Gambar Dan Status Mintak Sesuatu

KONTROVERSI buka tudung masih panas, pelakon Fathia Latiff sekali lagi menjadi topik hangat netizen apabila memuat naik foto dicium seorang lelaki di laman sosialnya pada Khamis.

Selain foto itu, beberapa catatan lain melibatkan agama turut dimuat naik wanita berusia 32 tahun itu di Insta story miliknya.

Beberapa kenyataan berbaur lucah itu dilihat seolah-olah menyindir netizen yang mengecam penampilan baharunya tidak berhijab.

Ayuh buat saya lebih dikenali! Saya perlukan lebih perhatian,” ujarnya pada salah satu kapsyen.

Pelakon ini bagaimanapun, bertindak memadamkan kenyataan itu, namun paparan skrin sudah tersebar di Twitter.

Kebanyakan nitezen bersimpati dan membuat kesimpulan Fathia kini sedang dilalui fasa sukar dan perlu dibantu.

Segelintir netizen juga berpendapat dia sedang memberontak dengan diri sendiri terutama apabila merasakan dirinya kini tidak lagi diberi perhatian oleh industri tana air.

“Korang bayangkan dari top gila dengan nama, iklan, bisnes dan tiba-tiba semua tu tiada.

“Dia sedang memberontak sekarang. Semoga ada sinar untuk Fathia” ujar netizen.

Pada malam Rabu, Fathia mengumumkan sudah tidak lagi berhijab kerana tidak mahu berselindung dan berpura-pura.

“Saya tidak mahu berselindung lagi, sedar berhijab kerana rasa kecewa”- Fathia tampil rambut pendek

SELEPAS pelakon Emma Maembong membuat keputusan menukar penampilan dengan tidak lagi berhijab, kini aktres sensasi Fatiha Latiff turut melakukan perkara yang sama.

Pelakon drama Ariana Rose yang sebelum ini memuat naik foto tanpa memakai tudung muncul buat pertama kali dengan penampilan terbaharu itu di sebuah majlis pertunjukkan fesyen pada malam Rabu.

Fathia atau Nur Fathia Abdul Latiff, 32, yang kini berambut pendek berkata, tindakannya membuka hijab dilakukan beberapa hari lalu tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

“Saya benar-benar rasa lapang dan tenang dengan imej baru ini, apatah lagi keputusan ini datang dari diri saya sendiri.

Apa yang penting sekarang saya boleh jadi diri sendiri dan tidak menipu diri sendiri. Saya baru perasan apa yang saya lakukan sebelum ini (berhijab) sebenarnya saya sedang kecewa dan murung,” ujarnya kapada mStar.

Dalam pada itu Fathia berkata, dia berasa dirinya tidak ikhlas dan terpaksa sepanjang tiga tahun memakai hijab.

Tambahnya, dia juga sudah bersedia untuk berdepan kecaman dan kritikan netizen terhadap imej baharu itu.

“Saya mahu cari diri saya kembali dan meneruskan hidup seperti sedia kala,” ujarnya.

Fathia membuat keputusan untuk berhijab penuh pada 1 April 2016.

Sementara itu, ketika ditemui di majlis pertunjukkan fesyen koleksi raya jenama Manimalace , Fathia menjelaskan punca dia memadam semua gambar lamanya kerana dia ingin memulakan kehidupan baharu.

“Saya tidak mahu lagi berselindung malah bagi saya apabila kita sudah mengenali diri kita yang sebenar, kita tidak takut pada sesiapa.

“Saya mengambil masa dua tahun untuk mengenali diri saya dan alhamdulillah semua dah terjawab. Saya tetap dengan pendirian saya.

“Bukan niat saya untuk mencetuskan kontroversi apabila memadam kesemua gambar saya yang berhijab sebelum ini” ujarnya.

Fathia mengakui dia menyukai gaya rambut terbaharunya dan berharap ia turut diterima suatu hari nanti.

KreditSumber:MstarOnline




No comments:

Powered by Blogger.