Ads Top

Adab Memberi Dan Menjawab Salam Kepada Islam Dan Bukan Islam

فَإِذَا دَخَلْتُم بُيُوتًا فَسَلِّمُوا عَلَىٰ أَنفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِّنْ عِندِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً ۚ

Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.”
(Surah An-Nur, 24:61)

Salam itu bermaksud sejahtera. Ia bersifat mendoakan. Jika kita memberi salam kepada seseorang muslim yang lain, maka kita telah mendapat pahala mendoakan kesejahteraan seseorang. Melalui sabda Nabi SAW yang berbunyi:

عن ابن عمر رضي الله عنهم أن رجلا سأل رسول الله صلى الله عليه السلم اى الاسلام خير؟ قال تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرفز

Maksud: Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah Islam yang baik?” Lalu Rasulullah bersabda, “Memberi makan akan makanan dan memberi salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang kamu tidak kenal.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Hukum asal memberi salam adalah sunat, manakala menjawabnya adalah wajib. Ucapan memberi salam yang afdhal ialah السلام عيكم ورحمة الله وبركاته. Manakala ucapan menjawab salam yang afdhal ialah وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته.

Dalam sebuah riwayat muslim, ditekankan beberapa adab yang boleh dijadikan panduan dalam memberi dan menjawab salam.

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: [قَالَ] رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم لِيُسَلِّمْ اَلصَّغِيرُ عَلَى اَلْكَبِيرِ, وَالْمَارُّ عَلَى اَلْقَاعِدِ, وَالْقَلِيلُ عَلَى اَلْكَثِيرِ مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.

Dari Abu Hurairah RA, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah yang kecil memberi salam pada yang lebih tua, hendaklah yang berjalan memberi salam pada yang sedang duduk, hendaklah yang sedikit memberi salam pada yang banyak.”
(Hadis Riwayat Bukhari)

#1 – Yang Muda Kepada Yang Tua

Golongan pertama yang diucapkan ialah golongan yang muda hendaklah memberi salam kepada yang tua kerana yang lebih muda hendaklah menghormati yang lebih dewasa dengan perintah yang tawadhu’.
Namun, boleh sahaja jika yang tua ingin memberi salam kepada yang muda. Ia tidak menjadi masalah.

#2 – Yang Berjalan Kepada Yang Duduk

Orang yang sedang berjalan disunatkan memberi salam kepada yang duduk. Ia juga sama seperti orang yang masuk ke rumah memberi salam kepada orang yang berada di dalam rumah.

#3 – Yang Sikit Kepada Yang Banyak

Golongan yang sedikit sunat memberikan salam kepada kelompok atau golongan yang ramai. Melalui pendapat majoriti ulama’, menjawab salam dalam kalangan yang ramai adalah fardhu kifayah, iaitu jika sebahagian sudah menjawabnya, maka yang lain gugur kewajipannya.

Bagaimana Ucapan Kepada Mereka Yang Berlainan Agama

Dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا سَلَّمَ عَلَيْكُمْ أَهْلُ الْكِتَابِ فَقُولُوا وَعَلَيْكُمْ

Jika seorang ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) memberi salam pada kalian, maka balaslah dengan ucapan ‘wa’alaikum.’ (Hadis Riwayat Bukhari)

Ibnu Hajar RA berkata bahawa hadis di atas menunjukkan terdapat perbezaan dalam menjawab ucapan salam orang muslim dan orang kafir. Ia juga adalah berdasarkan kalam Allah yang bermaksud:

“Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.” (Surah An-Nisa, 4:86)

Melalui hadis dan kalam Allah di atas, kita disunatkan untuk menjawab salam dengan ucapan وَعَلَيْكُمْ sahaja.

Oleh itu, amalkanlah untuk sentiasa memberi salam kepada muslim yang anda jumpa walaupun kenal atau tidak, kerana dengan ucapan salam, maka anda juga akan mendapat jawapan dan doa yang sama ke atas anda.

Rumaysho.Com




No comments:

Powered by Blogger.