6 Kes Orang Sesat Dan Hilang Di Hutan Yang Pernah Menggemparkan Malaysia
Kes orang sesat di hutan dan hilang ini bukanlah yang pertama terjadi di Malaysia. Beberapa kejadian mangsa yang hilang ketika mendaki bukit mahupun gunung pernah ‘menghantui’ negara kita. Bahkan, mungkin ada diantara kisah ini masih segar dalam ingatan anda kerana sudah lama berlaku.
Jadi jom kita selongkar trajedi sesat di hutan dan hilang yang pernah menggemparkan Malaysia
2. Mohd Azarul Mukhriz Hilang Seminggu Disorok Bunian
Seorang pemuda, Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman, berusia 20 tahun telah dilaporkan hilang pada 22 Januari 2017 ketika mendaki Bukit Broga, Semenyih. Beliau malah tidak mempunyai sebarang kelengkapan mahupun makanan ketika ‘hilang’ di atas bukit itu selama seminggu.
Ajaibnya, beliau ditemui oleh pasukan sukarelawan penyelamat yang membantu dalam misi pencarian pada 11.30 pagi 28 Januari 2017 dalam keadaan selamat namun telah dimasukkan wad akibat dehidrasi. Azarul dijumpai di trek di antara Broga dan Gunung Tokwan.
Benar kisahnya tular ketika beliau hilang, namun ternyata apa yang mengejutkan adalah apabila Azarul mendakwa bahawa beliau telah disorok oleh puteri bunian.
Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman ynag ditemui oleh para sukarelawan (Gambar : Lekatlekit)
Satu rancangan yang cakna tentang isu semasa yang tular telah menjemput Azarul sebagai tetamu jemputan untuk berkongsi kisah mengenai pengalamannya sepanjang seminggu di atas bukit itu. Dalam temubual tersebut, pengacara ada melahirkan rasa pelik apabila Azarul boleh hilang di Broga kerana setahunya, Broga merupakan tempat tumpuan ramai pengunjung.
Azarul menceritakan bahawa beliau boleh tersesat apabila beliau cuba untuk mengikuti jejak seorang budak kecil berpurdah. Azarul juga menjelaskan bahawa beliau ketika itu seperti dipukau, hanya mengikuti kanak-kanak perempuan itu. Lebih mengejutkan apabila Azarul dengan yakin mengatakan bahawa beliau telah dijaga oleh bunian.
” Ikut cahaya matahari”
Malah ibu kepada Azarul juga pernah bermimpi anaknya itu datang kepadanya untuk menyatakan bahawa beliau masih ada dan meminta agar ibunya jangan khuatir.
Umai atau nama sebenarnya Nur Umaisarah Sameon merupakan salah seorang pelajar diploma bidang perakaunan di Universiti Teknologi (UiTM), Arau Perlis. Beliau telah pergi bersama 35 orang rakannya untuk pergi ke Gunung Tahan bagi melaksanakan aktiviti unit beruniform universitinya.
Jika sebelum ini jalan Umai hanya dipenuhi dengan pokok dedaun tebal, pada hari ke-19, Umai telah menemui ‘trek’. Beliau berjalan mengikuti trek tersebut dengan tak berdaya. Umaisarah berjalan ke arah cahaya terang (seolah-olah neon) lalu pengsan. Umaisarah telah berjaya ditemui di sebuah kem berkhemahan dan akhirnya terselamat.
Tahun 2015 telah ‘menerbitkan’ suasana sayu apabila sekumpulan kanak-kanak yang bertindak melarikan diri ke hutan dari asrama Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi, Gua Musang kerana takut dikenakan tindakan oleh guru kerana mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran. Ramai pihak yang terlibat dalam misi menyelamat ini antaranya adalah pasukan gerakan am, pegawai pendidikan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia.
Miksudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob, 10, ditemui selamat oleh pasukan SAR. Dua lagi murid, Sasa Sobrie, 8, dan Ika Ayel, 9, disahkan meninggal dunia manakala dua rangka turut ditemui tetapi masih belum dikenal pasti. Tiga lagi murid dalam insiden itu adalah Linda Rosli, 8, Haikal Yaakob, 8, dan Juvina David, 7.
November 2014 mencatat sejarah pilu apabila Ahmad Rafikin Azman, 16, pelajar Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Terengganu di temui mati di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang. Beliau dilaporkan hilang oleh bapanya selepas tidak pulang menghadiri acara maraton yang disertainya. Allahyarham ditemui terselit antara batu dan dipercayai lemas pada hari pertama beliau hilang. Arwah ditemui semula pada hari keempat dan usaha mengeluarkan beliau sedikit sukar disebabkan cuaca hujan dan batu yang licin.
Walaupun Hutan Lipur Sekayu merupakan kawasan yang menjadi tumpuan ramai, ianya masih kawasan yang berbahaya untuk dikunjungi seorang diri.
Hassan Ayat, nama yang pernah meniti di mulut-mulut masyarakat yang mendoakannya. Beliau dilaporkan hilang lebih dari 10 tahun yang lalu pada tanggal 15 Februari 2009 di Gunung Yong Yap. Malah nama beliau juga sememangnya sering disebut-sebut sebagai pendaki yang gemar menyertai aktiviti lasak dan ekspedisi memanjat gunung.Ayat disedari hilang ketika rakan-rakannya berhenti rehat sewaktu menuruni gunung tersebut. Berita tentang kehilanganya itu ternyata mendapat liputan dari media dan orang awam yang turut serta membantu mencari Ayat. Namun pencarian selama 21 hari itu menemui jalan buntu apabila beliau tetap tidak dapat ditemukan.
Dan sehingga kini, biar pun sudah menjangkau ‘usia’ 10 tahun, nama dan kejadian yang menimpa Ayat Hassan tetap akan menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua terutamanya mereka gemar mendaki gunung.
No comments: