Ads Top

5 Jenis Sikap Jujur

Seseorang yang mempunyai nilai kejujuran dalam dirinya ibarat memiliki harta yang berharga. Sesetengah orang merasakan bahawa menjadi seorang yang jujur pada zaman sekarang tidak ‘cool‘, kelihatan naif atau ketinggalam arus kemodenan. Lebih banyak orang melaung-laung nilai yang keras dan buruk supaya diikuti contohnya membuka rahsia orang lain, menyebarkan hal yang tidak benar dan bersikap kasar dan mementingkan diri.

Namun kata Imam Ibnu Qayyim, kejujuran ibarat pedang Allâh di muka bumi.

“…tidak ada sesuatu pun yang diletakkan di atasnya melainkan akan terpotong olehnya. Dan tidaklah kejujuran menghadapi kebatilan melainkan ia akan melawan dan mengalahkannya serta tidaklah ia menyerang lawannya melainkan ia akan menang. Barangsiapa menyuarakannya, niscaya kalimatnya akan terdengar keras mengalahkan suara musuh-musuhnya. Kejujuran merupakan ruh amal, penjernih keadaan, penghilang rasa takut dan pintu masuk bagi orang-orang yang akan menghadap Rabb Yang Maha mulia”

Perkataan jujur dalam bahasa Arab biasa dikaitkan dengan perkataan ‘sidq’. Kata “اَلصِّدْÙ‚ُ” (jujur) boleh digunakan untuk beberapa makna :

#1- Jujur Dalam Perkataan

Ini adalah bentuk kejujuran yang paling jelas dan biasa disebut-sebut. Jujur dalam percakapan lawannya menipu atau berdusta. Dalam masyarakat Melayu kita, kejujuran dalam bercakap sangat ditekankan oleh orang-orang tua, sehingga diabadikan dalam seloka lama. Orang yang terbiasa ‘bercakap bohong, lama-lama dikhuatiri melakukan kesalahan yang lebih besar iaitu mencuri.

#2- Jujur Dalam Niat Dan Keinginan

Hal ini kembali kepada soal ikhlas. Apabila amal ibadah seseorang bercampur dengan keinginan terhadap dunia – supaya dipuji, diangkat dan dikagumi, maka itu sudah merosakkan makna jujur dalam hati.

#3- Jujur Dalam Janji

Ini lebih difokuskan kepada jujur dalam berjanji dan juga bertekad memenuhi janji tersebut.

Allah SWT berfirman :

Ù…ِÙ†َ الْÙ…ُؤْÙ…ِÙ†ِينَ رِجَالٌ صَدَÙ‚ُوا Ù…َا عَاهَدُوا اللَّÙ‡َ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ

Diantara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allâh …” (Surah Al-Ahzab, 33:23)

#4- Jujur Dalam Amal Perbuatan

Jujur dalam amal perbuatan iaitu apa yang dilakukan oleh anggota badan itu selari dengan apa yang ada didalam hatinya. Hati yang jujur memberi pengaruh kepada perbuatan yang baik, begitu juga perbuatan yang baik memberi pengaruh kepada hati.

Contohnya, orang yang melakukan ibadah dengan ikhlas mendapat khusyuk dan kenikmatan iman, dari situ dia berasa lebih mahu meningkatkan amalan.

#5- Jujur Dalam Hal Keimanan

Dikatakan bahawa ini adalah darjat yang paling tinggi kerana berkait rapat dengan hubungan antara seorang hamba dengan Tuhannya. Contohnya seperti jujur dalam takut dan berharap, zuhud dan reda, cinta dan tawakkal kepada Allah dan sebagainya. Perkara inilah yang menjadi tunggak dasar dalam kehidupan seorang Muslim.

Kejujuran sifatnya bukan tetap. Ia bukan destinasi. Mengapa? Kerana ia berkait rapat dengan perbuatan, tingkah laku serta niat manusia yang sering berubah-ubah. Boleh jadi pada satu masa, kita menjadi seorang yang jujur, pada masa lain pula kita menjadi sebaliknya.

Pandanglah kejujuran sebagai sebuah kenderaan yang kita naiki setiap hari, dengannya kita akan sampai ke tempat yang ingin dituju dengan selamat.




No comments:

Powered by Blogger.