Ads Top

Pasangan Unik Ini Buktikan Cinta Tak Kenal Paras Rupa Dan Fizikal

Pasangan ini membuktikan cinta tidak hanya berlandaskan paras rupa dan fizikal tetapi keikhlasan hati. Justeru ungkapan cinta tak mengenal rupa sangat sesuai untuk menggambarkan pasangan yang cukup istimewa ini. Kalau hati sudah berkenan, kekurangan yang ada diaanggap satu keistimewaan.

Demikian juga dengan pasangan Mohd Azran Zainal Abidin, 27 dan Siti Sarah Osman, 27, apabila memilih untuk bersatu sebagai suami isteri yang sah. Fizikal Siti Sarah yang merupakan orang kurang upaya kategori kerdil bukan menjadi halangan untuk pasangan ini yang menyulam cinta sejak 2010.

Pasangan istimewa itu disatukan di rumah Siti Sarah di Jalan Melati, Kampung Sura, di sini, jam 10 malam pada Jumaat lalu. Mohd Azran berkata, dia tidak melihat ketidak kesempurnaan isteri sebagai halangan untuk mereka melangsungkan perkahwinan.

“Saya tidak melihat paras rupa, warna kulit dan kesempurnaan fizikal kerana kelemahan itu menjadi indah dan sempurna apabila adanya rasa cinta. Sepenuh hati saya mencintainya dan menerima dia seadanya kerana dia cukup istimewa serta sempurna untuk saya,”

Katanya yang berasal dari Kampung Telaga Papan, Semerak, Pasir Putih, Kelantan. Menceritakan kembali detik pengenalan mereka, Mohd Azran berkata, mereka mula berkawan selepas berjumpa ketika sama-sama menyertai Kem Motivasi Tingkatan Enam di Besut pada 2010 sebelum menjadi rapat.

“Saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut sementara isteri pula pelajar Sekolah Menengah Agama Maarif namun kami sekadar berkawan pada awal perkenalan sebelum timbul perasan sayang selepas merasai banyak keserasian.”

“Saya tidak kisah apa pandangan orang lain terhadap kami dan saya bersyukur apabila isteri menerima lamaran saya,” katanya yang bekerja sebagai pembantu pemasaran farmasi. Bagi Siti Sarah pula, kesungguhan dan keikhlasan suami sepanjang perhubungan mereka membuatkan dia menerima lamaran suaminya.

Biar pun serba kekurangan namun suami tidak melihat kelemahan itu dan bersedia untuk berkahwin dengan saya. Saya tidak pernah ambil simpati dengan kekurangan yang ada sebaliknya menjadikan ia sebagai motivasi dan dorongan untuk berjaya.”

“Malah, saya sendiri tidak pernah menyangka akan berkahwin secepat ini, ternyata Allah sentiasa adil dalam mencorakkan kehidupan setiap hambanya,” katanya yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah, Kolej Universiti Insaniah Kedah.

Siti Sarah menzahirkan rasa syukur bertemu jodoh dengan seorang suami yang bertanggungjawab dan baik hati. “Walaupun fizikal saya begini, saya melaluinya dengan penuh yakin dan paling penting tidak pernah menagih simpati orang lain.

“Apatah lagi, status isteri membuatkan tanggungjawab saya lebih besar dalam menjalani kehidupan berumah tangga. Sejak dulu, saya menjadikan kekurangan diri sebagai pencetus motivasi dan dorongan untuk lebih berjaya,” ujarnya.

Semoga Azran dan Siti Sarah berkekalan hingga ke Jannah.. Amin Ya Rabb…

Betul Ke Lelaki Hanya Pandang Wanita Daripada Sudut Fizikal Sahaja?
Adakah benar lelaki memang cuma suka wanita kerana kecantikan sahaja? Membaca ayat pertama ini sahaja sudah membuatkan ramai wanita tertanya-tanya apakah benar lelaki hanya memandang wanita daripada segi fizikal sahaja.

Apakah yang pertama kali dinilai seorang lelaki saat melihat seorang wanita? Benarkah para lelaki hanya ‘peduli’ tentang penampilan fizikal semata-mata? Secara realitinya memang seorang lelaki adalah makhluk yang bersifat visual.

Saat baharu berkenalan pertama kali dengan seorang wanita, pada lima minit awal, seorang lelaki akan menilai kecantikan fizikal wanita daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki. Namun tidak dinafikan bahawa tidak semua lelaki menilai wanita daripada sudut fizikalnya sahaja.

Untuk dijadikan pendamping hidup, seorang lelaki juga mempertimbangkan berbagai hal seperti berikut ini :

Keserasian :Keserasian merupakan faktor utama sebelum seseorang lelaki memilih calon pasangan hidup. Jika seseorang lelaki itu sedah berasa serasi dengan seseorang wanita maka dia tidak akan sekali-kali memandang wanita lain sekalipun wanita yang disukainya itu berstatus janda. Jika seorang lelaki itu sudah ‘berkenan’ mereka tidak akan ambil peduli tentang kisah lalu seorang wanita yang berjaya menambat hati mereka.

Sedap Mata Memandang :Rupa paras tetap menjadi kategori yang tersenarai dalam pemilihan calon hidup oleh seorang lelaki. Kecantikan itu memang sesuatu yang subjektif namun tidak dapat disangkal seorang lelaki tertarik pada rupa paras seorang wanita. Mungkin pada pandangan orang lain seseorang wanita itu tidak cantik mana namun pada pandangan mereka, wanita itulah yang telah membuatkan hatinya berdetak kencang.

Agama :Kategori ini juga antara perkara penting yang diambil kira oleh seorang lelaki dalam memilih calon isteri. Ini kerana agama juga menjadi isu penting dalam membina sesuatu hubungan. Jika ingin menuju bahtera yang bahagia dan kekal hingga ke syurga, soal agama sangat memainkan peranan. Ia merupakan kunci kerukunan rumahtangga.

Akhlak Dan Keperibadian :Lelaki yang baik, jelas akan mencari wanita yang baik juga. Begitu jugalah sebaliknya Kadangkala kekurangan fizikal akan tertutup dengan akhlak dan keperibadian yang baik. Wajah yang cantik sahaja tidak menjamin kebahagiaan dalam sesebuah rumahtangga jika tidak disertai dengan akhlak dan keperibadian yang mulia.

Sifat :Seorang lelaki akan lebih mudah jatuh cinta pada wanita yang bersifat baik dan murah hati. Fizikal dan kecantikan akan jadi pilihan yang nombor dua jika sudah jatuh hati dengan si inner beauty. Hidup berumah tangga bukan sehari dua. Jika boleh biarlah sehingga nafas yang terakhir.

Oleh itu pada para wanita, usah terlalu khuatir dan prejudis dengan kaum lelaki. Tidak semua lelaki hanya memilih pasangan hidup daripada sudut fizikal sahaja. Ini kerana kecantikan sahaja tidak menjamin kebahagiaan yang hakiki.

SUMBER : Pesona Pengantin

Kredit: Empire Media Network




No comments:

Powered by Blogger.