Ads Top

Luahan Si Isteri Tentang Suami Tidak Jujur Dalam Perhubungan Taste Pucuk Muda

Kisah ni bermula dari zaman saya belajar di sebuah kolej swasta. Biasa la budak kampung masuk bandar . Belum kenal lagi kehidupan di bandar. Saya dari keluarga yang sederhana. So saya memilih untuk stay di hostel. Start dari sini la ‘penderitaan’ saya bermula. Saya kenal sorang mamat ni bernama ‘K’ melalui apatah . Dah tak ingat . Dari kawan terus sayang. Dia cakap dia nak kawin dengan saya. Dia nak masuk minang saya. Dia duk jauh. So dia datang jumpa parents saya dan pergi khursus kawin. Persiapan untuk merisik dah lengkap . Mak saya excited. Dalam masa yang sama saya kenal sorang mamat ni ‘Z’ namanya. Dia pun tahu yang saya dah nak bertunang.

Tup2 ..pukul 5 pagi si ‘K’ ni call saya dan cakap yang family dia tak dapat datang merisik. Last minit ! Mak saya?apa lagi mengamuk la. Perang mak dan anak . So saya ambil keputusan untuk putus dengan si K ni..menangis jugak la. Segala masalah saya ,saya cerita dekat si Z ni. Si K pulak tak habis2 pujuk saya. Saya malu. Mak saya pun malu sebab persiapan pun dah siap. Saya nekad untuk tinggalkan dia sebab mak saya dah tak suka dia. Semakin lama semakin si K ni dah berjaya lupakan saya. Dan saya?tak boleh ! Tapi semakin lama saya rapat dengan si Z ni, saya boleh lupakan dia. Si Z ni cuba nasib untuk try saya. So kami semakin mesra. Kenal dengan family si Z ni. Mak saya pun dapat tahu yang saya berkawan dengan si Z ni. Masa ni saya tak tahu perangai si Z.

ALLAH nak tunjuk dekat saya kebenaran..
Si Z ni kantoi curang dengan saya. Saya kecewa gila masa tu. Saya suruh tinggalkan saya sebab saya tak nak rampas hak orang. Tapi dia degil. Dia nak saya. Yes saya bodoh sebab percayakan dia. Saya berikan dia peluang.
Kali kedua …
Kali kedua dia buat hal lagi..dan dia masih sama. Mintak maaf . Dan saya bodoh lagi kerana beri dia peluang. Alhamdulilah kami di satu kan. Pada awalnya saya cukup bahagia, dia sweet sangat.
Dia buat hal lagi..
Tahun pertama kami berkawin dia kantoi chat lucah dengan sorang popuan ni. Kononnya ex si Z ni. Saya baca..nak tahu dia buat apa dekat saya?dia cuba untuk bunuh saya sebab dah kantoi ..hati saya?hancur. Tapi saya sayangkan rumahtangga saya. Dan saya bodoh lagi. Bagi peluang kali ketiga..
Tahun kedua kawin…
Saya ingatkan dia akan berubah tapi sebenarnya tak. Dia kantoi curang lagi dengan saya. Kali ni dengan budak bawah umur. Budak dekat tempat keje dia. Saya terbaca chat suami saya yang nak jemput dan hantar budak tu di rumah. Berdua. Naik moto. Budak tu pun sama naik gatal. Kalau mak mertua saya tengok suami saya naik moto dengan popuan lain ,apa akan jadi?saya sound budak tu .saya tunjuk chat mereka dekat bos suami saya. Bos dia cakap saya ni cemburu. Ok tak pe. Saya bagi peluang sekali . Kali keempat. Ya .saya bodoh. Mungkin saya tak dapat lahirkan zuriat untuk suami saya punca dia mencari yang lain.

Ttm (teman tapi mesra) kononnya..
Tak lama lepas kejadian tu,dia buat hal lagi. Kali ni dengan anak makcik yang menumpang untuk berniaga di tempat keje dia. Saya sakit masa tu. Kerap balik kampung untuk berubat . Tetapi tak sangka dia gunakan peluang ni untuk curang dengan saya. Kawan saya syak sesuatu sebab si Z ni asyik video call dengan popuan tu. Katanya video call dengan saya padahal tak pun. Kemudian kantoi chat. Chat mesra si Z dengan dia. Ber-bie ber syg syg, ber-bby dengan suami saya..sumpah saya down teruk masa tu. Saya tunjuk dekat bos dia. Mereka percaya dekat saya. Bini bos mengamuk depan budak popuan tu sebab tak nak mengaku. Akhirnya popuan tu mintak maaf dekat saya. Hati saya?sumpah..down gila.
Penghujung tahun..dugaan baru
Saya di sahkan mengandung..alhamdulilah..suami saya cukup gembira. Walaupun dia macam tak percaya. Bos dia pulak menghasut suami saya. Mereka tuduh anak yang dalam kandungan saya ni bukan anak dia ! Hanya Allah saja yang tahu. Saya cuma berdoa supaya suami saya yakin yang anak ni anak dia. Akhirnya suami saya buat keputusan untuk pindah rumah. Sebab tak tahan dengan leteran sebab sebelum ni kami tumpang rumah bos dia. Saya asyik keluar masuk hospital sebab turun darah. Suami saya risau sebab dia kerja waktu malam. Kadang kadang kami gaduh sebab dia lambat balik sedangkan saya ada temujanji dengan doktor. Saya terpaksa jalan kaki. Sejak hari tu , suami hantar saya balik kampung. Ulang alik. Tapi tak lama lepas tu, mak saya kesiankan suami saya dan suruh suami saya berhenti kerja kerana sudah bertahun tahun dia kerja di situ. Suami saya buntu. Bapa mertua aku ni alim orang nya. Suami saya tak pergi keje banyak hari sampai kan bos suami saya mengamuk sebab call pun tak angkat. Bos dia datang. Jadikan dia sebagai tahanan. Nak tahu bos dia nak apa?DUIT . Kononnya suami saya ni bagi hilang barang. BERAPA? 3k..nak malam tu jugak. Mana la nak cari duit sebanyak tu! Suami saya hanya keje kedai makan. Mana la ada duit sebanyak tu Bapa mertua saya buat perbincangan dan tolong bayarkan. Settle pasal keje. Kami pindah terus duk rumah mak saya.

Tempat keje baru, masalah baru..
Alhamdulilah saya selamat melahirkan puteri sulung kami..suami saya cukup seronok sebab wajah anak saya mirip suami saya. ALLAH Maha Adil..seminggu saya berpantang, saya syak sesuatu. Ada gambar popuan lain dalam fon suami saya. Suami saya cakap dia tak pakai whatapps dah sebab tak timbulkan masalah. Tapi kenapa gambar budak popuan tu ada dalam kategori whatapps foto?saya tanya suami..katanya group whatapps..bukan dah tak guna ke whatapps?rupa2 nya dia beli no baru untuk chat popuan tu di whatapps. Yes penipu! Saya ambil gambar popuan tu dan tanya semua kawan2 saya, kot2 la kenal sebab budak taman dekat dengan tempat keje baru suami saya. Budak tu keje dekat kedai makan. Patut la dapat air free, balik pun lambat. Saya dalam berpantang ni, terus pi jumpa budak tu. Saya jujur dengan budak tu yang saya isteri kpd ‘bf’ dia tu. Dia terkejut. Saya tunjuk segala gambar suami saya dan gambar kawin. Dan saya tunjuk anak saya sebagai bukti! Mak popuan tu mengamuk dekat popuan tu. Yla sapa nak anak dia kawan dengan laki orang kan?budak belasan tahun lagi tu. Saya bawak popuan jumpa suami saya. Dan dia..diam. Saya bawak popuan tu pergi rumah mak popuan tu. Bagi mak dia tengok sikit kebenaran ! Suami saya mengaku single dekat budak tu! Sumpah menangis teruk saya masa tu depan mak budak tu. Lepas tu mereka putus..tapi mereka masih lagi chat. Si popuan tu katanya rindu masa bercinta dengan suami saya. Allahuakbar..saya cakap dekat mak popuan tu, saya tunjuk chat mereka dekat mak dia. Saya tanya popuan tu, adakah dia masih sayang kan suami saya?saya rela undur diri. Saya suruh suami saya ceraikan saya dan kawin dengan popuan tu..tapi dia tak nak. Popuan berkali2 cakap yang dia dah tak ada perasaan apa2 lagi dekat suami saya. Saya ingatkan bila saya lahirkan zuriat dia, dia akan berubah. Tapi ..menipu..dia kantoi sekali lagi..bersuap suap dengan popuan lain ..sanggup balik lewat hanya semata2 nak sambut birthday popuan to! Kawan sekerja dia. Tapi memang gedik pun popuan tu..kami gaduh lagi..sekali dengan bos dia pun kena..suami saya tak nak pergi keje. Katanya serabut. popuan tu pun datang mintak maaf dekat saya. Tapi saya buat tak tahu. Hati popuan mana tak sakit kalau suami sendiri buat macam ni dekat saya macam ni?bos baru suami saya pun datang mintak maaf sebab dia bukan islam . Mungkin dia tak tahu hukum hakam dan batas pergaulan suami orang ..bos suami saya merayu suami saya untuk kembali bekerja dengan bos saya. Ok dia sambung bekerja. Tapi tak lama . Sebabnya??sebab suami saya tak tahan kena maki dengan bos dia. Dia pun berhenti. Suami saya cari keje lain..alhamdulilah dapat..

Alhamdulilah..dia dah tak cari yang lain sebab bapa saya akan halau saya dan suami saya kalau suami saya buat hal lagi. Tapi suami saya buat hal lain pulak. Ambil barang haram. Sebenarnya dah lama dia ambil cuma saya tak tulis sebab dah terlebih panjang dah ni story saya ni…hehe..saya tak tahu yang suami saya ni layan ‘ice@batu’. Kalau saya tahu saya tak kan kawin dengan dia. Tapi tu la. Terlambat. Saya dapat tahu lepas kami kawin..Aturan Allah..jodoh..setiap kali kantoi je, bapa saya halau saya. Saya dengan ada anak, tercari2 tempat berlindung. Suami saya balik rumah dan tengok saya tak de dekat rumah. Dia pujuk saya suruh balik rumah. Start dari hari tu la, penderitaan saya tak habis. Kebencian bapa saya terhadap saya dan suami, buatkan saya tertekan..sebenarnya saya cuma anak angkat..mungkin sebab tu la kot saya dilayan seperti orang asing..sampai sekarang ni pun hidup saya seperti tak ada keluarga sejak2 suami saya buat hal. Kepercayaan saya terhadap suami?entah la…tahun 2019..makin teruk bapa saya layan saya. Hari2 cari gaduh dengan saya, cari salah saya dan suami…saya dah tak kuat..sampai bila agaknya saya akan menangis…sampai bila agaknya saya akan menderita …dan bilakah saya akan bahagia…teringin nak family lain..tapi..entah la..dah 3 tahun saya bahagia dalam tangisan..




No comments:

Powered by Blogger.