Ads Top

Isu Seksi: Jasmine Suraya Kecewa Sering Dapat Komen Tak Senonoh

Pelakon filem Paskal, Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 30, atau lebih dikenali dengan nama komersil Jasmine Suraya melahirkan perasaan sedih dan kecewa terhadap sesetengah netizen yang memberikan komen tidak senonoh menerusi gambar yang dimuat naik di laman sosialnya.

Menurut Jasmine, dia tidak pasti apa yang dilihat oleh mereka dan menambahkan kekecewaannya apabila kebanyakan yang meninggalkan komen sebegitu adalah di kalangan remaja lelaki yang berusia bawah 18 tahun.

“Terus-terang, saya cukup sedih dan kecewa bila saya tengok komen-komen ini datang daripada adik-adik lelaki yang usia mereka bawah 18 tahun bila saya tengok profil mereka.

“Saya sangat tidak faham pemikiran mereka. Kadang-kadang bila baca komen mereka, saya fikir balik apa yang mereka tengok dan fikir pun saya tak tahu,” katanya kepada KopiPlanet.com

Jasmine ditemui pada majlis sidang media Malaysia’s Make Up Artist Awards 2019 yang diadakan Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur semalam.

Pelakon kelahiran Kuching, Sarawak ini sering kali dikaitkan dengan imej seksi seperti yang dipaparkannya menerusi laman Instagram.

Bercakap bagaimana dia mengatasi hal itu, Jasmine berkata dia hanya mengambil pendekatan tidak menghiraukan komen-komen tersebut dan meneruskan kehidupannya seperti biasa.

“Saya buat tidak peduli sahaja walaupun kadang-kadang timbul juga rasa nak hentam balik mereka di laman sosial. Bukan niat saya untuk buat apa-apa dengan memuat naik foto seksi, mungkin gambar itu ada sedikit seksi tapi bagi saya, ia seksi yang bertempat,” jelasnya lagi.

Bercakap mengenai perkembangan seni, Jasmine kini sedang giat menjalani kelas mempertahankan diri bagi mempersiapkan dirinya dalam drama aksi, KL Gangster Underworld musime kedua yang akan memulakan penggambarannya tidak lama lagi. – KopiPlanet.com

Foto: Instagram Jasmine Suraya

No comments:

Powered by Blogger.