Gambar Terbaru Remy Ishak Dan Mira Filzah Mendapat Perhatian Orang Ramai Sehingga Dia Dikatakan Angau Dan Remy Berikan Respon Yang Lagi Win
TINDAKAN pelakon Remy Ishak yang memuat naik foto bersama aktres gandingannya dalam drama Pujaan Hati Kanda iaitu Mira Filzah mendapat perhatian netizen.
Lebih-lebih lagi apabila pasangan tersebut hadir pada majlis Festival Filem Malaysia (FFM30) yang berlangsung Sabtu lalu mengayakan pakaian sedondon berwarna biru.
Foto yang dimuat naik pada Ahad itu menerima lebih 1,000 komen netizen yang teruja dan rata-ratanya mendoakan pasangan itu benar-benar bercinta.
Foto tersebut juga mendapat hampir 70,000 tanda suka.
Mira Filzah dan Remy Ishak bergandingan dalam drama Pujaan Hati Kanda.
Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang meninggalkan kata-kata negatif sehingga menimbulkan kemarahan pelakon filem Pulang itu.
Pemilik akaun Syahira meninggalkan komen menuduh aktor itu kini sedang angau atau menaruh hati kepada aktres berkenaan.
Remy membalas komen berkenaan dan menasihatkan wanita tersebut agar menanggalkan tudung berikutan komen yang tidak menggambarkan imej wanita muslimah.
Pada 20 Mac lalu, Remy mengesahkan ikatan pertunangannya dengan ahli perniagaan Ezza Yusof sudahpun berakhir.
Antara Komen Peminat
Comel lah Kanda dan Kak Ani! Be real pleaseeee… pandai je netizen nie kan. Ada juga yang cakap suwit sangat kanda dinda ni. Kita doa sampai ke jinjang pelamin aci? Kalau jodoh tak ke mana.
Komen nie best siap minta pasangan nie kahwin please please please. Hahaha Siap ada yang balas Kanda Remy Ishak lah Lelaki Kiriman Tuhan untuk Kak Ani…
Netizen nie pandai pandai je kan nak satu kan artis kesayangan mereka nie. Tapi tak salahkan yela dua dua masih single dan belum berpunya. Kalau ada jodoh tak kemana.
Sumber:MstaroNlinE
No comments: