Fasha Sandha Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Aidil Aziz
Pelakon Aidil Aziz dan Fasha Sandha akhirnya sah menjadi pasangan suami isteri setelah kedua-duanya diijabkabulkan dalam satu majlis pagi tadi.
Dalam majlis yang berlangsung di Perlis itu, kelihatan majlis berkenaan dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pasangan pengantin.
“Alhamdulillah, tepat jam 9.15 pagi bintang kesayangan kami @fashasandha selamat diijabkabulkan bersama pasangannya @istadilaziz dengan sekali lafaz sebentar tadi. Alhamdulillah,” ujar kenyataan yang dibuat di Instagram pengurusan pelakon berkenaan iaitu Mind Order.
Ini merupakan perkahwinan yang pertama buat Aidil Aziz, manakala kali kedua buat Fasha yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga.
Sebelum ini, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli pada tahun 2012, namun kedua-duanya berpisah empat tahun kemudian.
Sepanjang perkahwinan, Fasha dan Rizal telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 5, dan Putri Raysha Jemaima. – KopiPlanet.com
Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha
The post Fasha Sandha Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Aidil Aziz appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: