Ads Top

Atikah Suhaime Tampil Mempertahankan Bekas Tunangnya

KETIKA banyak pihak terus membuat spekulasi berhubung kisah pembatalan majlis perkahwinan, pelakon Atikah Suhaime tampil mempertahankan bekas tunangnya, penyanyi Awi Rafael.

Menerusi posting di Instagram, Atikah meminta orang ramai tidak menjadikan Awi sebagai sasaran berhubung isu berkenaan.

“Walaupun sedih kerana majlis perkahwinan kami dibatalkan, saya lebih kecewa kerana ramai pihak menghentam orang yang saya sayang (Awi Rafael) di Instagram.

“Anda tidak boleh berbuat demikian kerana tidak mengenalinya secara peribadi,” katanya pada Jumaat.

Majlis perkahwinan Atikah dan Awi sepatutnya berlangsung pada Ahad ini di Singapura, namun ia dibatalkan pada saat-saat akhir.

Mereka sepatutnya bernikah pada Jumaat sempena ulang tahun kelahiran Atikah yang ke 28 tahun.

Awi menyatakan dia terpaksa menarik diri daripada rancangan perkahwinan tersebut namun bapa Atikah, Suhaime Jamali berkata dia yang bertanggungjawab membatalkan majlis itu demi kepentingan anak perempuannya.

Selain itu menerusi video yang sama, Atikah yang kelihatan positif dan ceria berkata Awi adalah seorang lelaki yang baik serta sering menjaga nama baik dia dan keluarganya.

“Saya lebih mengenalinya dan dia menjaga saya dengan baik sebagai tunang malah menjaga nama saya dan keluarga.

“Jadi tiada siapa antara anda boleh memberikan kata-kata tidak baik tentang dia,” katanya.

Tanpa memberikan sebarang penjelasan berhubung pembatalan majlis perkahwinan dia dan Awi, Atikah bagaimanapun berkata tiada siapa harus dipersalahkan dalam hal tersebut.

“Tolong berhenti membenci antara satu sama lain. Ia cuma takdir yang perlu kita terima.

“Nampaknya tiada jodoh antara kami. Jadi lebih baik sebarkan kasih sayang, saya sayang anda semua,” katanya.

“Jangan rancang nikah pada tarikh hari jadi”- Atikah tayang kek dan baju penganti

PELAKON Atikah Suhaime mengundang sebak netizen apabila dia memuat naik beberapa helai baju pengantin untuk majlis persandingannya yang sepatutnya berlangsung Ahad ini.

Selain itu, Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 28, yang turut menyambut ulang tahun kelahirannya pada 15 Mac iaitu Jumaat (hari ini) berkongsi kek yang ditempah khas.

Dia dan Awi Rafael sepatutnya melalui proses akad nikah pada Jumaat sempena tarikh istimewa itu sebelum resepsi perkahwinan dirancang dua hari kemudian.

“@salwahomecake sepatutnya buat kek empat tingkat sebagai kek untuk majlis saya bersama menara macaroon dan kek cawan. Tapi ini adalah kek hari lahir tercantik yang saya pernah terima.

“Pengajarannya, jangan buat keputusan rancang majlis perkahwinan sama dengan raikan hari jadi. Kamu akan menderita setiap kali hari jadi anda datang jika perkara ini berlaku,” ujarnya di Instagram.

Pasangan ini mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan pembatalan majlis perkahwinan tiga hari sebelum majlis berlangsung iaitu pada Ahad ini.

Atikah dan Awi mengikat tali pertunangan pada 17 Mac 2018 di kediaman wanita itu di Singapura.

Dalam pada itu, pelakon drama Cinta Tiada Ganti itu turut memuat naik tiga helai baju pengantin yang sepatutnya digayakan pada majlis berkenaan.

Tiga helai baju pengantin itu ialah gaun berwarna putih, baju songket perak dan baju kebaya Indonesia untuk majlis akad nikah.

“Pada akhirnya, ia bukan tentang baju yang cantik dan solekan atau dekorasi lagi. Muzik dalam kehidupan saya yang sudah pergi,” ujarnya

Sumber:MstarOnline




No comments:

Powered by Blogger.