Anak Angkat Jadi Mangsa Buli Siber, Jasmin Hamid Buat Laporan Polis
Pelakon Jasmin Hamid telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya susulan perbuatan netizen yang menghina anak angkat perempuannya di laman sosial.
Menerusi posting yang dibuat menerusi laman Instagram miliknya, pelakon itu juga memberitahu akan menghantar surat saman kepada mereka yang terlibat.
“Kepada para NETIZEN BULLY CYBER yang telah MENCELA anak perempuan saya, boleh tunggu SAMAN dari saya.. Ada LEBIH DARI 15 NAMA di dalam police report yang akan diambil tindakan undang-undang di atas tindakan MENCELA yang tidak berasas di IG dan FB saya serta BLOG.. Segala butiran BULLY CYBER telah ada pada PIHAK POLIS!
“Saya sebagai seorang IBU sudah pasti akan melindungi anak-anak saya dan mohon hak perlindungan dari pihak berkuasa sebagai seorang WARGANEGARA MALAYSIA.. INI JANJI SAYA KEPADA KEDUA ARWAH IBUBAPA SAYA DAN KEPADA ALLAH untuk menjaga keluarga hingga akhir hayat saya..” ujarnya.
Baru-baru ini Jasmin meluahkan kemarahannya susulan tindakan segelintir netizen yang menghina anak angkat perempuannya dengan mengatakan berwajah bapok.
Malah, pelakon itu juga menyatakan dirinya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang dilihat sebagai pembuli siber. – KopiPlanet.com
The post Anak Angkat Jadi Mangsa Buli Siber, Jasmin Hamid Buat Laporan Polis appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: