Najib Razak Terangkan Samada Ijazahnya Sah Atau Tidak
Kecoh di media sosial di mana ada beberapa menteri sebenarnya tidak mempunyai kelayakan universiti seperti dipaparkan sebelum ini. Najib Razak juga tidak terlepas dengan perkara ini dan ia ditanya oleh wartawan. Baca artikel seterusnya di bawah ..
Bekas perdana menteri Najib Razak bersedia membuktikan beliau menamatkan pengajian di Universiti Nottingham, United Kingdom sekitar tahun 19790-an.
“Tiada masalah,” katanya ketika ditemui di Putrajaya.
“Sudah tentu ijazah saya sah,” katanya lagi.
Najib, yang mengkritik pemimpin Pakatan Harapan dalam isu kelayakan akademik, turut menjadi sasaran dalam isu sama.
Awal hari ini, anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Keranji daripada DAP Chong Zhemin mendakwa Najib tidak menamatkan pengajiannya di Universiti Nottingham.
Chong berkata demikian ketika mengulas tindakan Presiden MCA Wee Ka Siong yang bertindak menyemak kelayakan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan.
Chong menyentuh video yang beredar di atas talian yang mendakwa Najib tidak pernah menamatkan pengajian.
Beliau menuntut menunjukkan transkrip peperiksaan dan salinan ijazahnya.
Najib sebelum ini menggesa Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menangani isu maklumat kelayakan akademik beberapa kementerian yang dikatakan tidak tepat.
Beliau mengulas beberapa menteri dan pemimpin negeri yang mengaku tidak tamat pengajian disenaraikan dalam siri infografik agensi berita nasional Bernama.
Menulis di Facebook, Najib berkongsi infografik berkaitan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu, menteri perumahan Zuraida Kamaruddin dan menteri pertahanan Mohamad Sabu.
Ketua Pengarang Bernama Zakaria Wahab menjelaskan mereka memperoleh maklumat itu dari laporan berita dan rekod parti pihak berkaitan.
Sumber Artikel : Malaysia Kini
Kredit: KL Viral
No comments: