Lakukan 4 Tips Mudah Ini Untuk Lebih Khusyuk Menunaikan Solat
Kualiti solat kita ada turun dan naiknya. Ada kala kita solat dalam keadaan khusyuk, ada pula masa kita terganggu dengan hal-hal di luar solat. Daripada video di atas, digariskan secara ringkas empat langkah mudah untuk mendapat khusyuk dalam solat.
1. Bayangkan itu solat yang terakhir.
2. Membiarkan anggota badan relaks dan tenang apabila melakukan pergerakan (rukuk dan sujud contohnya)
3. Membaca Isti’azah (A’uzubillahi minassyaitoni rojim) untuk berlindung daripada gangguan syaitan.
4. Mengucap Allahuakbar dalam solat dalam masa yang sama cuba merasakan kebesaran dan keagungan Allah.
Semoga empat langkah mudah ini, sedikit sebanyak kualiti solat kita mampu dipulihkan dari semasa ke semasa. InsyaAllah.
No comments: