Ads Top

”Jangan Buang Sampah Di Tengah Laut,” Pemancing Dedah Punca Mereka ‘Hilang’ Ketika Keluar Memancing

Enam identiti pemancing yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Pinang telah ditemui dalam keadaan selamat semalam kira-kira jam 4.30 petang bersama-sama bot yang mengalami kerosakan.

Sebelum itu, kehilangan mereka yang merupakan enam sekawan itu disedari oleh abang salah seorang pemancing selepas mereka dikatakan tidak pulang setelah keluar memancing dari Jeti Nelayan Kampung Datuk Keramat, pada awal Sabtu lalu.

Salah seorang mangsa, Mohamad Faiz Ibrahim, tampil menceritakan kejadian sebenar mengenai apa yang berlaku hingga menyebabkan mereka semua terkandas dan tidak dapat dihubungi.

Punca kami terkandas…

Perjalanan pulang, sudah hampir sampai ke pengkalan kira-kira 20km dari Pulau Kendi.. Bot terlanggar tali sauh yang menyebabkan enjin bot tidak dapat berfungsi untuk meneruskan perjalanan..

Kami terkandas di tengah-tengah laut tanpa sebarang liputan talian komunikasi.. Kami melabuhkan sauh dan berusaha memanggil bot-bot berdekatan tetapi tidak berjaya kerana jarak terlalu jauh dan hari kian gelap..

Mohon kepada semua, jaga la laut kita.. jangan buang sampah merata-rata kerana ia boleh mendatangkan kesusahan pada orang lain..

Terima kasih pada ahli keluarga, sahabat, pihak-pihak yang terlibat menjalankan operasi menyelamat.. Terima kasih mendoakan keselamatan dan kepulangan kami..

Sumber : Mohamad Faiz Ibrahim Tek




No comments:

Powered by Blogger.