Ads Top

Betty Rahmad Dedah Rahsia Kembali Langsing Sebelum Habis Pantang

Pelakon Betty Rahmad, 37, yang juga adik bongsu kepada aktres Erma Fatima serta Datin Seri Umie Aida melahirkan rasa syukur apabila kembali memiliki bentuk tubuh yang langsing selepas melahirkan anak sulungnya iaitu Ardy Wira pada 19 Januari lalu.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Betty telah memuat naik sekeping gambar terkini dengan mengenakan sehelai baju t-shirt hitam berlengan pendek serta berkain batik selepas menjalani tempoh berpantang selama 20 hari.

Di samping itu, Betty juga secara terbuka mendedahkan amalan rahsia dengan kaedah tradisional yang telah diamalkan olehnya semasa berpantang.

“Hari ke 20 berpantang. Yeay Alhamdulilah inilah hasil hari-hari berurut, bertungku, bertangas, mandi herba, lepas itu tahan nafsu, makan yang sihat dan kering untuk setengah bulan!

“Tapi saya tidak diet okey, kena makan kalau tidak macam mana hendak susukan. Ucapan istimewa diucapkan buat @natalismothercare kerana menjaga saya dan baby Wira dengan penuh kasih sayang.

“24 hari lagi tinggal! Siapa yang hendak berpantang pergi book confinement lady korang cepat!” tulisnya di ruang kapsyen gambar berkenaan.

Rata-rata peminat memberikan komen yang positif serta memuji bentuk tubuh badan yang dimiliki oleh Betty.

Terdahulu, Betty telah mendirikan rumah tangga bersama Ardy Damis, 32, pada 4 Februari tahun lalu. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Betty Rahmad

The post Betty Rahmad Dedah Rahsia Kembali Langsing Sebelum Habis Pantang appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.