Berakhlak Dengan Sifat Malu
Malu dalam bahasa Arab disebut (al-hayaa’). Menurut kamus Lisanul Arab, ia juga diertikan dengan At-taubah wal himsyah yang membawa maksud penuh taubat dan sopan santun. Banyak hadis yang menyebut tentang sifat malu dan kebaikan yang dibawa bersama sifat ini.
عَÙ†ْ Ø£َÙ†َسٍ Ù‚َالَ Ù‚َالَ رَسُولُ اللَّÙ‡ِ صَÙ„َّÙ‰ اللَّÙ‡ُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ Ø¥ِÙ†َّ Ù„ِÙƒُÙ„ِّ دِينٍ Ø®ُÙ„ُÙ‚ًا ÙˆَØ®ُÙ„ُÙ‚ُ الْØ¥ِسْÙ„َامِ الْØَÙŠَاءُ
Dari Annas, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya setiap agama memiliki akhlak, dan akhlak Islam adalah malu.” (HR Ibnu Mâjah No: 4181 – Hadis Sahih)
Ibnul Qayyim menyatakan, malu berasal dari kata ‘hayaa’ (hidup). Hidup dan matinya hati seseorang sangat mempengaruhi sifat malu seseorang. Hilangnya rasa malu, dipengaruhi oleh kadar kematian hati dan ruh seseorang. Setiap kali hati hidup, maka ketika itu rasa malu menjadi lebih sempurna.
Malu berkait rapat dengan akhlak mulia yang lain seperti menjaga kehormatan diri dan juga kehormatan orang lain. Dunia hari ini menyaksikan mudahnya sifat malu tergadai dari dalam diri lebih-lebih lagi melalui penggunaan media sosial yang tidak terkawal.
Kemudahan teknologi ibarat katalis yang mempercepatkan lagi keburukan tersebar. Kita mudah sekali terpengaruh dengan apa yang dibaca dan apa yang didengar sehingga sifat malu hilang dan menjadikan kita seorang yang sukakan gosip dan cenderung untuk menyebarkan berita yang tidak diketahui kebenarannya.
Aib orang yang tidak ada kena mengena dengan kita di ‘share’. Kita ketawa melihat ada orang di ‘troll’ , ada gambar yang melucukan disebar luaskan. Sebaliknya kita malu pula untuk melakukan kebaikan dan memperjuangkan kebenaran.
Maka nilailah semula tahap malu yang ada dalam hati jika kita melakukan hal-hal yang tidak patut seperti yang disebutkan di atas. Sesetengah orang menganggapnya sebagai gurauan. Tetapi adakah ia boleh diterima sebagai gurauan jika sudah melibatkan hak serta maruah orang lain?
Malu Sebagai Perisai
Maka di sinilah, sifat malu yang mulia ini datang sebagai perisai untuk melindungi kita daripada lebih jauh terjerumus dalam perbuatan yang boleh menarik kaki ke jurang kehancuran di akhirat kelak. Di dunia mungkin kesannya tidak terasa, namun Malaikat yang mencatat setiap perbuatan di kiri kanan tidak pernah terlupa mahupun terlepas pandang daripada mengambil kira setiap tindakan.
Malu yang berakar di hati akan menjauhkan diri pemiliknya daripada dosa. Malu akan meningkatkan iman dan mmemandu setiap anggota tubuh badan daripada melakukan hal-hal yang dilarang.
Malu Yang Dilarang
Dalam membincang hal ini, ada juga jenis malu yang dilarang dalam Islam iaitu – malu dalam mencari ilmu. Ulama salaf ada mengatakan:
لا ينال العلم مستØÙ‰ Ùˆ لا مستكبر
“orang yang pemalu tidak akan meraih ilmu, demikian juga orang yang sombong”.
Malu sebegini tidak membawa manfaat kepada diri dan juga orang lain. Ilmu tidak tersebar malah kejahilan pula yang bercambah.
Pernah ada perselisihan faham yang berlaku di Madinah dalam kalangan Ansar dan Muhajirin tentang batasan jima’ yang memerlukan mandi wajib. Akhirnya mereka merujuk permasalahan tersebut kepada Saidatina Aisyah selaku orang yang faqih dalam hukum dan hadis memandangkan beliau yang paling dekat dengan Nabi SAW.
Jika malu menjadi penghalang pada waktu tersebut, maka sudah pasti mereka akan terus bertelagah dan memilih jalan meengikut keinginan hati masing-masing.
Sifat malu bukan suatu yang negatif seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak terutama pemikir-pemikir dari Barat. Malu bukan menegah kita daripada bercakap dan menyuarakan pendapat. Ia bukan hanya tentang sikap luaran tetapi suatu sifat yang perlu difahami secara lebih menyeluruh. Malu dalam Islam memandu cara fikir dan juga tindakan ke arah kebaikan.
Rujukan:
1 Hari 1 Hadis oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
No comments: