Ads Top

(Video) Kreatif, Remaja Kudung Ini Berjaya Hasilkan Tangan Prostetik Mampu Milik Dari Blok Lego

Dilahirkan dengan sempurna dan tiada kecacatan fizikal adalah antara nikmat paling besar untuk seseorang. Dengan tubuh badan yang sihat dan cukup sifat, banyak perkara yang dapat dilakukan untuk memudahkan kehidupan seharian.

Begitupun, bukan semua dilahirkan dengan tuah yang sama. Ada yang kedunia ini tanpa tangan atau kaki, seterusnya perlu menyesuaikan diri dengan sebaik mungkin dalam masyarakat.

David Aguilar, pelajar Kejuruteraan Bio dari Sepanyol ini adalah Orang Kelainan Upaya yang tidak mempunyai tangan kanan akibat kecelaruan genetik.

Tidak mahu berputus asa dengan kekurangan diri, dia berjaya memanfaatkan sepenuhnya minat zaman kecil terhadap permainan Lego untuk menghasilkan tangan protestik daripada blok-blok tersebut.

”Jika saya dilahirkan dengan sepasang tangan, saya mungkin tidak akan akan berada disini dan memberi tahu semua orang bahawa saya mampu membantu mereka,” katanya.

David menghasilkan tangan protestik pertama yang digelar dengan nama MK1 kerana kelihatan seperti tangan pada sut adiwira Marvel, Iron Man. MK1 dibina menggunakan blok-blok antaranya bewarna merah dan kuning.

‘Ia menggunakan pergerakkan mekanikal dan mudah digerakkan. Satu mekanisma yang sangat mudah,” kata David mengenai inovasi tersebut.

Lebih menarik, versi pertama MK1 sebenarnya sudah mula dibina sejak dia berusia 9 tahun lagi.

”Ketika saya masih kecil, saya merasa sangat gementar ketika berhadapan dengan kanak-kanak lain disebabkan saya berbeza dengan mereka.

”Namun begitu, ia tidak menghalang saya daripada percaya dengan cita-cita diri sendiri. Saya mahu merealisasikan apa yang ada di kepala saya iaitu berdiri di depan cermin dan melihat pantulan seorang lelaki dengan dua tangan, sama seperti mereka yang lain,” kata David lagi.

Kini, David sudahpun berusia 19 tahun dan mengikuti pengajian yang membolehkannya mendapatkan kemahiran dalam membina tangan protestik yang lebih murah selepas tamat pengajian nanti.

”Saya mahu membina tangan prostetik dari Lego dengan lebih baik untuk mereka yang tidak mampu memiliki tangan protestik yang sebenar. 

”Ia boleh membantu mereka untuk merasa ‘normal’ kerana mereka tidak pernah tahu apa yang dimaksudkan dengan orang yang ‘normal’.”

Sumber: Al-Jazeera




No comments:

Powered by Blogger.