Ads Top

Surah Ini Menyebabkan Rambut Rasulullah Beruban

Pada suatu hari Rasulullah SAW telah didatangi Saidina Abu Bakar. Beliau bertanya mengapa rambut baginda berubah menjadi beruban dengan begitu cepat.

Lalu Rasulullah SAW menjawab bahawa Surah Hud yang telah menjadikan rambut baginda beruban – kerana dahsyatnya penceritaan tentang huru-hara hari kiamat.

Namun saksikanlah kata-kata Allah melalui hadis Nabi SAW ini:

Dari Abu Hurairah, dari Nabi SAW, ia berkata, “Tatkala Allah menciptakan makhlukNya, Dia menulis dalam kitabNya, yang kitab itu terletak di sisiNya di atas ‘Arsy,

“Sesungguhnya rahmatKu lebih mengalahkan kemurkaanKu.” (HR. Bukhari no. 7404 dan Muslim no. 2751)

Betapa besar rahmat dan kemaafan yang Allah sediakan buat hamba-hambaNya. Tinggal lagi kita yang mahu meminta atau tidak.




No comments:

Powered by Blogger.