Ads Top

Perkara Tidak Elok Akan Tetap Tidak Elok

Yang Haram Tetap Haram Kalau Laa Adik Aku Buat Dah Lama Aku Bagi Penerajang – Syatilla Melvin

Pelakon Syatilla Melvin mengatakan dia akan berasa sangat marah jika adik beradiknya, Syifa Melvin dan Melveena Melvin membuat perkara yang tidak bermoral.

Syatilla meluahkan perkara itu menerusi ruangan Instagram (IG) Storynya buat tatapan umum.

Menurut Syatilla, perkara haram akan tetap haram, dia juga berharap agar segala perkara yang tidak baik dijauhkan dari seluruh ahli keluarganya.

“Yang haram tetap haram, masuk jadi darah daging pulak tu.

“Minta dijauhkan dari kami sekeluarga, semoga takkan berulang lagi.

“Kalau adik aku Syifa Melvin dan Melveena Melvin buat, dah lama aku penerajang kiri kanan depan belakang,” tulisnya.

Namun begitu, Syatilla tidak menyatakan dengan terperinci tentang perkara haram yang dimaksudkannya itu.

Dalam perkembangan lain, Syatilla kini hamil dan kandungannya hampir mencecah sembilan bulan

Terdahulu, hasil perkahwinannya bersama pelakon Shaheizy Sam, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Syeriv Samheiz yang kini berusia dua tahun. Sumber: gempak

Selepas Bergelar Pengacara, Adik Syatilla Melvin Terjun Dalam Bidang Lakonan

Adik kepada pelakon Syatilla Melvin, Syifa Melvin, 24, mendedahkan dia tertarik untuk melibatkan diri dalam bidang lakonan sejak mula berjinak dengan kamera serta menjadi pengacara.

Menurut Syifa, dia tidak menidakkan penglibatan dirinya disebabkan tempias Syatilla dan suaminya, Shaheizy Sam yang sudah lama melibatkan diri dalam bidang lakonan.

“Sebelum ini, saya tak ingin berlakon namun sejak berjinak dengan kamera serta melibatkan diri dalam bidang pengacaraan secara semulajadi timbul perasaan minat.

“Malah, kakak dan abang ipar saya seorang pelakon, tempias itu turut kena pada diri ini. Insya-Allah kalau ada tawaran, saya akan berlakon lagi selepas ini,” katanya.

Syifa ditemui pada majlis pelancaran drama terbaharu iaitu Sunsilk #SisCuba di Balai Berita NSTP Bangsar semalam.

Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin berkata, walaupun ini merupakan pengalaman pertamanya berlakon, namun segalanya berjalan dengan lancar.

“Pada mulanya saya berasa takut dan gementar untuk masuk ke set penggambaran.

“Namun, ramai yang membantu ketika penggambaran, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar,” katanya kepada Gempak.

Tahniah, Adik SYATILLA MELVIN, Bertunang Dengan Anak Lelaki ‘Iron Lady’ Malaysia
Adik kepada Syatilla Melvin iaitu Syida Melvin telah selamat melangsungkan pertunangan dengan anak lelaki kepada usahawan wanita berjaya yang mendapat jolokan Iron Lady, Allahyarhamah Datuk Wira Dr Maznah Hamid.

Mohamad Syafiq Azim Bin Datuk Seri Shaheen yang juga merupakan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Securiforce Sdn Bhd dan Syida Amirol Melvin selamat melangsungkan majlis pertunangan mereka semalam dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

Pasangan sama cantik sama padan ni dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujang-bujang masing-masing pada Januari 2019. Elok sangat dah tu, jangan tunggu lama-lama. Benda baik harus dipercepatkan. Semoga semuanya dipermudahkan sehingga ke jinjang pelamin dan jangan lupa jemput team Nona ya?

Sumber:nona /menujukebenaran
Kredit: KakiHavoc




No comments:

Powered by Blogger.