Muzik Single Terbaru Fazura Paling Mahal Dihasilkan
Video muzik single terbaru Nur Fazura Sharifuddin, Can’t Forget Me, melakar sejarah tersendiri buat syarikat rakaman antarabangsa, Universal Music Malaysia.
Ia dikatakan video muzik paling mahal pernah dihasilkan oleh label terbabit bagi artis tempatan.
Biarpun tidak menjelaskan secara terperinci kos sebenar bagi pembikinan klip berkenaan, Pengarah Urusannya, Kenny Ong, memaklumkan jumlah dikeluarkan sama dengan nilai penerbitan empat video muzik lain.
“Buat masa ini, kami belum mendapat jumlah sebenar kos pembikinan video muzik itu. Namun saya boleh katakan, jumlah dikeluarkan bersesuaian dengan status Fazura yang bukan sahaja penyanyi, tetapi seorang penulis.
“Kami tidak kisah untuk berbelanja besar kerana Fazura adalah harta sangat bernilai buat kami,” katanya pada majlis pelancaran single dan video muzik itu, di sini.
Pada majlis berkenaan, Kenny turut mengumumkan khabar gembira apabila album sulung artis jelita itu yang berjudul Fazura berjaya meraih anugerah platinum.
Jualannya mencecah 200,000 unit, merangkumi album fizikal dan digital.
Sementara itu, bintang berusia 35 tahun yang mula dikenali menerusi lagu Sayangi Dirimu ini meluahkan rasa syukur dengan kejayaan berganda diraihnya.
“Untuk sampai ke tahap ini, saya melalui pelbagai dugaan dan cabaran. Insiden dikecam teruk selepas menjayakan persembahan pada konsert Formula 1, dua tahun lalu, memberi pengalaman berharga buat saya.
“Waktu itu, saya masih baru dalam bidang seni suara dan kebetulan menghadapi masalah teknikal membabitkan monitor telinga.
“Bagaimanapun, saya tidak mahu menyalahkan sesiapa kerana saya percaya, seseorang perlu jatuh terlebih dulu sebelum kembali bangkit meneruskan perjuangan. Saya bersyukur dengan kurniaan Allah untuk saya, hari ini,” katanya.
Isteri kepada aktor, Fattah Amin, ini merakamkan lagu hasil ciptaannya dengan kerjasama Willy Beaman dan Cameron Forbes itu di Los Angeles, California, Amerika Syarikat, tahun lalu.
Can’t Forget Me boleh didapati di pelbagai pelantar digital.
Faz padam komen?
Namun apa yang mengejutkan, Fazura dilihat seolah tidak menerima pandangan daripada peminat, apabila ada netizen mendakwa penyanyi itu telah memadam komen selepas mencadangkan kepada pelakon tersebut agar menghadiri kelas vokal.
Rata-rata netizen telah memberi maklum balas yang pelbagai menerusi ruangan komen di Instagram Fazura.
Betul ke MV berharga jutaan ringgit?
Fazura telah berkongsi sedutan daripada MV lagu Can’t Forget Me di Instagram sejurus selepas MV tersebut dimuat naik ke laman YouTube.
Menurut sumber ada pihak mendakwa klip video lagu ini berharga jutaan ringgit sehingga menyamai harga sebuah banglo. Namun belum sehari MV ini dilancarkan, ia telah meraih lebih daripada 50 ribu tontonan di saluran YouTube.
SUMBER BHARIAN & OHMYMEDIA
No comments: