Ads Top

Atlet Kebangsaan Kini Jadi Berniaga Tepi Jalan Lepas Ditamatkan Kontrak

Sebelum ini heboh tentang nasib seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan yang terpaksa menjadi gelandangan sementara tibanya tarikh pembedahan memasukkan perentak jantung hujung tahun lalu.

Kali ni, kisah yang nak dikongsikan ini tak jauh beza cuba melibatkan atlet para negara.

Shukor Farhan Suliman, 23 tahun merupakan pemenang pingat emas acara tiga kilometer kejar-mengejar berbasikal individu di Sukan Para ASEAN 2017

MSN tamatkan kontrak, cari duit dengan jual jambu tepi jalan.

Waktu itu merupakan moment paling berharga bagi dirinya kerana dijulang sebagai wira oleh seluruh rakyat Malaysia kerana menyumbangkan emas buat negara, namun rupanya ia hanya sementara selepas hidupnya kini terumbang ambing selepas kontraknya ditamatkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).eh kenapa pulak ditamatkan ni?

Menurut freemalaysiatoday, Shukor berkata tindakan ‘mengejut’ MSN itu menyebabkkan dia tidak dapat teruskan kerjaya sebagai atlet kebangsaan sebaliknya menjadi penjual buah jambu selain terlibat dalam perniagaan gunting rambut.

“Saya bersara bukannya disebabkan kerelaan hati kerana masih ada keinginan mahu berjuang untuk negara, tetapi mungkin rezeki sebagai atlet kebangsaan hanya sampai pada tahun lepas sahaja kerana kontrak tidak disambung.”

“Selepas bersara saya ada menjalankan perniagaan. Saya ada kedai gunting rambut dan baru hendak berniaga menjual jambu.”

Sumber : FMT

“Saya tertanya-tanya apa masalah disiplin yang saya buat” – Shukor

Shukor berkata, MSN bagi dua sebab berhentikan kontraknya sebagai atlet iaitu yang pertama kerana dia tidak mendapat sebarang pingat sewaktu Sukan Para Asia 2018 dan kedua disebabkan masalah disiplin..betul ke ada masalah disiplin?

“Saya gagal di Sukan Para Asia di Jakarta tahun lalu. Saya mengaku gagal. Hal ini kerana saingan saya adalah juara dunia dan pemenang pingat emas Olimpik dari negara China dan Jepun. Tetapi, bab disiplin ini saya tidak jelas”.

Shukor masih tertanya-tanya apakah masalah disiplin yang telah dilakukannya sehingga MSN bertindak menamatkan kontraknya sebagai atlet.

“MSN kata mereka ada rekod disiplin, tetapi saya tidak pernah lihatpun. Apakah saya tidak serius sewaktu latihan? Sebagai atlet kita hendak berjaya dan sentiasa bersungguh-sungguh sewaktu latihan”.

Malah dia tak pernah jangka yang dia akan bersara pada usia yang sangat muda, kerana dia sentiasa optimis dan mempunyai kudrat untuk harumkan nama Malaysia di pentas dunia.

“Saya menyasarkan untuk jangka masa panjang dalam bidang sukan, memang minat saya ke arah itu. Memang saya tidak jangka umur 22 tahun sudah bersara, sedangkan sudah mewakili negara seawal usia 17 tahun”.

Termakan janji manis tak ambil SPM, nak fokus Sukan Para Asia di Korea Selatan

Katanya, sebelum ini dia termakan janji-janji manis MSN sehingga ambil keputusan untuk tak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ekoran nak fokus kepada Sukan Para Asia di Korea Selatan..ish, sepatutnya ambik je SPM, atleast ada sijil.

“Mula-mula masuk MSN saya dijanjikan dengan bulan dan bintang. Masa saya umur 17 tahun jurulatih nasihatkan tidak ambil SPM kerana waktu peperiksaan sangat dekat dengan kejohanan peringkat Sukan Asia dahulu”.

Shukor berkata bagaimanapun dia kini berasa selesa dengan kehidupan barunya sebagai orang biasa tanpa sebarang publisiti media.

Namun dia mengaku masih bergelut dengan kekangan kewangan selepas ditamatkan kontrak oleh MSN, lebih-lebih lagi bakal menyambut cahaya mata pertama bulan depan.

Shukor merupakan salah seorang daripada 5 atlet kebangsaan yang tidak disambung kontrak oleh MSN dan menyifatkan ia perkara luar biasa apabila begitu banyak yang tidak disambung kontrak setakat ini.

Kalau orang dah tak nak kita, buat apa nak terhegeh-hegeh kan.

Kredit : freemalaysiatoday via lobak merah/TalamKeladi




No comments:

Powered by Blogger.