Manusia Buat Hal, Cicak Yang Masuk Berita. Rakaman Montaj Berita Dijadikan Troll. Kelakar Habis
Zaman dihujung jari sekarang ini, sebaran berita lebih cepat melalui media sos1al. Namun kadang-kadang itu ada yang tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan berita palsu dan ramai pula yang percaya.
Tapi kali ini yang menjadi viral adalah sebuah rakaman sedutan dari salah satu slot berita di sebuah stesyen TV. Menerusi perkongsian HadiHasmadi di Twitter, tajuk berita itu adalah ‘Tindakan Berb0gel Tular Di Media Sosial’.
Perkongsiannya itu mendapat perkongsian hampir 5,000 retweets sejak mula dikongsikan semalam. Apa yang netizen tertarik sangat dengan rakaman video berdurasi 1 minit 8 saat ini?
Pembaca berita menceritakan tentang gambar dua orang yang menimbulkan kemarahan netizen yang tidak senonoh di kawasan kedai yang ditutup. Kemudian rakaman montaj dimulakan dengan sambungan berita sebentar tadi. Namun selepas 30 saat pertama hanya video…
Korang tengoklah sendiri.
Memang kelakar! Tunggu juga mungkin awal montaj je kot penampakkan dua ekor cicak itu. Tapi masalahnya sampai habis berita mengenai perkara itu hanya dua ekor cicak.
Nampaknya buka saya seorang sahaja yang terkena. Ramai juga yang tekun mendengar berita ini tapi akhirnya….huhuhuuhu..lah kita beramai-ramai ya.
Dah kenapa cicak pula yang kena?
Menerusi komen-komen yang ditinggalkan netizen juga ada yang kata rakaman ini sudah diedit dan bertujuan untuk troll sahaja.
Apa-apa pun memang terhibur! Ke korang rasa tak kelakar? Ke saya je yang #mudahterhibur . Tapi memang terbaik editing orang yang buat troll ini. Nampak macam betul.
Yang belum tahu cerita sebenar , boleh baca petikan dar Harian Metro dibawah.
‘Aksi terlampau’ dalam kolam
GAMBAR dua individu dipercayai lelaki serta wanita sedang mandi sambil berplukan dalam keadaan tidak berpakaian di kolam air pancut di Jalan Gaya di Kota Kinabalu, tular di laman sos1al.
Gambar berkenaan dipercayai dirakam pada lewat malam berikutan kelihatan banyak kedai di kawasan itu sudah tutup, namun tidak dapat dipastikan bila ia dirakamkan.
Berikutan itu, gambar terbabit mendapat pelbagai komen netizen dengan kebanyakannya berpendapat kejadian seumpama itu tidak seharusnya berlaku kerana mencemarkan imej bandar raya ini sebagai destinasi pelancongan.
Tidak dapat dipastikan juga sama ada pelaku dalam video berkenaan adalah pelancong asing atau warga tempatan.
Pengarah Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Lizawana Matin ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang aduan atau laporan berkaitan gambar terbabit.
Bagaimanapun, katanya, DBKK memandang serius perkara itu dan akan mengambil tindakan segera supaya kejadian sama tidak berulang pada masa akan datang.
“Kita akan berbincang mengenai perkara ini dan mungkin antara inisiatif yang boleh diambil adalah membuat pemantauan lebih kerap di bandar raya terutama lokasi terbabit.
“Selain itu, DBKK akan memasang papan tanda ‘dilarang mandi’ di kawasan itu supaya orang awam terutama pelancong lebih peka dan tidak mandi di kolam berkenaan.
“Sekiranya masih ada individu yang berdegil dan ditangkap, mereka boleh didakwa kerana melanggar peraturan,” katanya.
Lizawana juga menasihatkan orang awam supaya menggunakan kemudahan awam dengan betul dan tidak mandi di tempat yang menjadi tumpuan awam.
“Ini termasuk kolam air pancut, kolam hiasan dan kawasan terbuka lain sekitar bandar raya.
“Kelakuan seumpama ini pastinya boleh mengundang ketidakselesaan kepada warga bandar raya selain memberi tanggapan kurang baik dalam kalangan pelancong asing lain,” katanya.
Sumber 1: HadiHasmadi via HCL
Sumber 2: Hmetro
Kredit : Tribune Malaya
No comments: