Keadaan Terkini Ardell Aryana Diceritakan Oleh Beliau Sendiri
“SAYA mahu elak andaian yang lebih teruk,” demikian luahan pelakon Ardell Aryana berhubung keputusannya untuk terus merahsiakan mengenai penderitaan yang dialaminya selama ini.
Menurut Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin dia perlu berbuat demikian bagi menghormati permintaan keluarga.
“Langsung tiada niat untuk sembunyikan keadaan kesihatan saya daripada sesiapa, namun saya telah berbincang dengan keluarga dan saya nekad untuk menjaga hati dan perasaan mereka,” kata Ardell kepada mStar Online.
Sebelum ini pelbagai spekulasi dibuat mengenai kesihatan Ardell termasuk ada yang mendakwa dia dalam keadaan nazak kerana melawan penyakit kanser.
Bekas pengacara program Extreme Road Trip ditemui semasa majlis tayangan perdana filem XX Ray 3 arahan sutradara Aziz M. Osman.
Bercerita lanjut mengenai keadaannya kini, Ardell bersyukur kesihatannya makin pulih biarpun pernah berhadapan saat kritikal sehingga berat badannya turun mendadak.
Keaadaan saya kini jauh lebih baik daripada sebelum ini, namun masih berhadapan masalah untuk naikkan berat badan.
“Sejujurnya berat saya semasa sakit hanylah 27 kilogram. Saya menangis melihat keadaan diri ketika itu, ia sekaligus membuatkan saya tidak yakin untuk muncul di khalayak,” tambah Ardell.
SPEKULASI pelakon Ardell Aryana yang dikatakan sedang mengidap kanser tahap tiga masih menjadi tanda tanya.
Status yang dimuat naik di laman sosial Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 28, yang seakan-akan menggambarkan keadaannya kini menguatkan lagi andaian itu.
“Siapa yang tak sihat atau tak selera makan, boleh cuba ni. InsyaAllah. Bahan-bahannya ikut sunnah nabi kata ustaz.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Terima kasih ustaz banyak bagi semangat dan doa serta usaha untuk bantu saya,” kata Ardell.
Sebelum ini, pelakon Nadzmi Adhwa memuat naik status di laman Instagramnya menasihati Ardell supaya tidak cepat mengalah dengan ujian Allah.
Status tersebut telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan malah, ada salah seorang netizen mendedahkan pelakon wanita itu kini mengidap penyakit kanser tahap tiga.
Namun, Nadzmi yang berkawan baik dengan Ardell memohon agar netizen tidak membuat andaian sendiri.
SUMBER:MSTARONLINE
No comments: