Ini Bukti Bahawa Anda Bukan Tidak Cantik Tetapi Anda Hanya Tak Kaya
Mesti korang teragak apalah kaitannya duit dengan penampilan seseorang kan? Meh admin terangkan sedikit… Kalau anda berduit barulah boleh memutihkan kuulit, membetulkan gigi, menukar warna rambut dengan kerap, boleh upah personal trainer untuk melangsingkan badan dalam tempoh masa yang singkat dan juga (kalau nak perubahan yang paling drastik) melakukan pembed4han plastik.
Betul tak?
Kalau tak percaya tengoklah kompilasi perubahan drastik mereka ini yang dikongsikan oleh Nor Fatin Sabihah dengan ungkapan:
Perempuan.Kalau kau rasa kau TAK CANTIK,kau silap.Kau bukan tak cantik,kau cuma TAK BERDUIT.
1 Janna Nick
Nurul Jannah binti Muner (dilahirkan pada 1 Jun 1995) atau lebih dikenali sebagai Janna Nick merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan dengan memegang watak tambahan dalam telefilem Cinta Vlog (2012) dan mula dikenali secara meluas menerusi peranan sebagai Nur Jannah dalam siri drama waktu perdana yang diiktiraf secara kritis, Syurga Nur (2015) bersama Azrel Ismail dan Amar Asyraf.
Beliau meraih pengiktirafan meluas menerusi watak utama sebagai Iman Firdaus dalam siri drama, Kau Aku Kita (2015) bersama Saharul Ridzwan yang mana beliau memenangi Aktres Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016. Selepas Kau Aku Kita tamat, beliau membintangi drama Anakku Diva sebagai Melati dan Suami Tanpa Cinta sebagai Ain Syifa.
2 Siti Sarah
Siti Sarah binti Raisuddin atau lebih dikenali sebagai Siti Sarah dilahirkan pada 15 September 1984 (umur 34), merupakan salah seorang penyanyi dan pelakon di Malaysia.
Siti Sarah memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila beliau berjaya menjadi peserta akhir untuk Bintang RTM 2001. Beliau juga berjaya menggondol anugerah “Artis Baru Terbaik”, “Album Pop Terbaik” dan “Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM 2003)”.
Selain dari itu, beliau juga berjaya mendapatkan satu lagi pengiktirafan untuk “Anugerah Planet Muzik 2003 (APM2003)”, iaitu dalam kategori “Artis Baru Wanita Terbaik”. Beliau juga merupakan satu-satunya artis baru yang turut tercalon dalam kategori Artis Wanita Terbaik yang dimenangi oleh Datuk Siti Nurhaliza pada tahun tersebut.
3 Fazura
Nur Fazura Binti Sharifuddin (lahir 27 September 1983) atau lebih dikenali sebagai Nur Fazura (beliau juga dikreditkan sebagai Fazura Sharifuddin atau Fazura sahaja) merupakan seorang pelakon, pengacara, model, penyanyi dan VJ wanita Malaysia.
Beliau memulakan kerjaya dalam industri hiburan Malaysia dengan menjadi hos rancangan televisyen dan beberapa peranan lakonan kecil. Beliau merupakan pengacara rancangan televisyen terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Teens World.
Pada tahun 2004, beliau melancarkan kerjaya filem beliau dengan memainkan peranan utama dalam filem Bicara Hati arahan Rosnani Jamil yang melayakkan beliau menerima pencalonan anugerah. Kemudian pada tahun 2005, beliau membintangi watak utama sebagai Putri dalam filem Gol & Gincu.
4 Jihan Muse
Nur Jihan binti Musa (lahir 29 Ogos 1983) atau lebih dikenali sebagai Jihan Muse merupakan salah seorang pelawak dari Malaysia dan merupakan bekas peserta Raja Lawak Astro musim ketiga yang mana beliau merupakan naib juaranya.
5 Kilafairy
Syakila Nisa binti Jahangir Khan (lahir pada 17 Mei 1992) atau lebih dikenali sebagai Kilafairy merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia dan merupakan anak kepada penyanyi veteran terkenal, Rohana Jalil.
SUMBER&KREDIT: News Today & TalamKeladi
No comments: