Hobi Tok Ti Dan Impian Besarnya
KERJAYA sebagai penyanyi tidak hanya terhad di atas pentas untuk menghiburkan peminat saja, tetapi lebih daripada itu.
Beberapa keping foto penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 40, yang menyaksikannya mengayuh basikal mula mencuri perhatian netizen.
Tok Ti Ni Tengah Penat Pun Masih Tetap Cantik Peminat Terpukau Kecantikan Tok Ti Tengah Kayuh Basikal
Siti yang turut ditemani Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa atau Datuk K serta beberapa rakan mereka melakukan aktiviti riadah itu di sekitar kawasan berbukit di Hulu Langat, Selangor.
Perkongsian menerusi laman Instagram pada awal pagi tadi telah mempesonakan pengikutnya yang menyifatkan Siti kekal menawan dan ceria meski keletihan mengayuh sambil mendaki bukit.
“Tok Ti (Siti Nurhaliza) ni, senyuman tak pernah lekang. Tengah letih mengayuh pun tetap kelihatan ceria dan manis,” memetik salah satu komen peminatnya.
Seorang lagi individu berkata, “Tok Ti buatlah aksi apapun, masih nampak comel dan cantik.”
Lebih menarik, ada juga komen yang mencuit hati berbunyi, “Tok Ti tak letih ke cantik sepanjang masa?” sambil diikuti emoji ketawa.
Difahamkan, ekspedisi riadah pagi Siti dan rakan-rakannya itu diusulkan oleh artis versatil, Alif Satar. – MHE TV
Impian besar Siti Nurhaliza
Bagi Datuk Seri Siti Nurhaliza, dia menggunakan keistimewaan yang ada untuk membantu mereka yang memerlukan.
Baru-baru ini, Siti menyerahkan cek bernilai RM50,730 kepada Pengerusi Kutipan Dana Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) dan Ahli Pemegang Amanah Yayasan IJN, Datin Julini Mohd Ali.
Dana yang dikumpul menerusi kempen SimplySiti di Hati 2018 yang dilancarkan penghujung November lalu disalurkan ke tabung Yayasan IJN untuk membiayai kos pembedahan jantung tiga kanak-kanak iaitu Lam Zhe Yi, 11; Mahhaani Thayalan, 8, dan Muhammad Firas Adib Mohamad Zaki, 5, yang akan menjalani pembedahan di IJN tidak lama lagi.
Zhe Yi akan menjalani pembedahan pada Mac, Muhammad Firas pada April dan Mahhaani pada Jun atau Julai ini.
“Kita mensasarkan jumlah kutipan dana sebanyak RM30,000. Namun apabila mendapat jumlah yang lebih banyak daripada itu, pihak kami menyumbangkan kesemuanya kepada mereka,” katanya.
Menurut penyanyi lagu Anta Permana itu, ini bukanlah kali pertama pihaknya menyalurkan bantuan kepada kanak-kanak yang menghidap komplikasi jantung.
“Sebelum ini, kami sudah membantu 11 kanak-kanak yang berdepan komplikasi jantung. Terima kasih juga kepada pihak IJN yang memberikan kerjasama dengan menyenaraikan nama kanak-kanak yang memerlukan bantuan untuk pembedahan segera,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.
Sumber:beritasteady /menujukebenaran/Hmetro
Kredit: KakiHavoc
No comments: