Gempar lelaki berpakaian kemas terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang, sambil bersiaran ‘live’
Seorang lelaki mencuri perhatian orang awam, pasukan SAR, petugas keselamatan dan media dengan aksi gempar di jambatan kedua P. Pinang.
GEORGE TOWN: Dalam kesibukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjalankan kerja-kerja menaikkan kenderaan SUV yang terlibat dalam kemalangan hingga terjunam ke laut di Jambatan Pulau Pinang, seorang lelaki mencetuskan gempar apabila melakukan aksi bunuh diri di jambatan kedua atau Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, pada Selasa.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1 ACP Rosman Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 9.30 pagi memaklumkan seorang lelaki bertindak terjun dari jambatan.
Bagaimanapun lelaki tersebut berjaya diselamatkan oleh bot nelayan yang berada di kawasan itu.
“Dalam pada kita sibuk melakukan aktiviti menaikkan SUV, pihak Polis Marin telah menerima satu panggilan pada jam 9.30 pagi tadi mengatakan terdapat seorang lelaki telah terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang.
“Ekoran daripada itu, kita telah menghantar bot ronda kita ke kawasan tersebut untuk mencari dan menyelamat juga.
“Kami tiba lebih kurag 10 minit di kawasan tersebut dan pada ketika itu, mangsa sudahpun diselamatkan oleh bot nelayan yang berada di kawasan itu,” kata Rosman.
Lelaki berusia 33 tahun itu turut membuat rakaman video secara langsung ketika terjun dari jambatan.
Sementara itu, menurut pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat, Marziaddi Mahmud, lelaki tersebut terjun ke dalam laut dikilometer 12.2, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah menuju ke Batu kawan.
Video:
Mngsa seterusnya dibawa ke jeti pangkalan Polis Marin di batu Uban untuk di hantar ke Hospital Pulau Pinang.
Antara komen netizen :
Danza Kuduro –Mintak2 Gov buat undang2 baru..sapa yg bnuh diri kalau tak mti.tolak lagi sekali sampai mti.. menyusahkan org ramai..
Josh Khan –Saya cina. Orang ini memalukan bangsa shj. Jika nak bnuh diri tak payah buat live, terus lompat je. Jangan menyusahkan pasukan penyelamat Malaysia. Bodoh !
Aqil Zhafran –Jaga sikit komen tu. Kita tak tahu sama ada abg ni ada masalah mental atau depression. Sebagai masyarakat kita kena usaha utk tlg. Macam mana kita nak adik beradik kita yg sakit jantung, buah pinggang apa jua penyakit fizikal utk dirawat, mereka yg sakit mental (otaknya sakit) ini juga harus diberi peluang utk dirawat. Bukan digalakkan utk dia cepat mti. Mulut tu jaga sikit!
Aliff Shafilli –Xckup gempak..aku cadangkan naik klcc pastu terjun bru mcm bunga api..maluaperbossku..
Ko ngat bomba xde keje lain ker..hanatt
Aubameyang Emeric Pineng –semenjak 2menjak ne memg musim pnyakit mental ker rakyat msia ne? kalo pon ada masalah besar, jgn smpai membunuh diri, ingat nikmat yg tuhan kita beri, sudah smpai masanya kerajaan memperkasakn didikan agama dn rohani yg mantap melalui media masa dn pelbagai cara kpd rakyat..kpd org Islam, membunuh diri adalah dosa besar, neraka tempatnya.noleh itu jgn berfikiran sempit..syukuri nikmat yg ada.
Ju Lee –Kos Sara hidup tinggi. tekanan rakyat meningkat.jangan kecam kalau tak tahu.. ini pasti sakit mental.
PS… Yang ketawa harap diberi ajaran yang sewajarnya satu hari kelak.. bila rumah musnah tak cukup makan sekeluarga baru tahu susah merana.
Apa kata anda? Jangan lupa like komen dan share ya.
Sumber : Astro awani
No comments: