Ads Top

Buat Mee Kuning Sendiri Di Rumah Tanpa Pengawet, Hanya Guna 4 Bahan!

Rupanya punyalah senang mak-mak nak buat mee kuning sendiri di rumah. Paling penting tidak menggunakan bahan pengawet seperti Asid borik, air kapur mahupun perasa tambahan.Hanya guna 4 bahan utama iaitu, tepung gandum, garam, telur dan serbuk kunyit!

Caranya pun mudah, malah diyakini lebih selamat, bersih dan suci bila kita buat sendiri.

Jemput baca perkongsian resipi macam mana nak buat mee kuning ini seperti yang dikongsikan oleh Puan Nafsiah Sakmad ini.

“Teringin nak makan mee goreng..buat jalah kedai jauh.Bahan-bahan ada dekat dapur”.

Bahan-Bahan:

300 gram/ 1 mangkuk tepung gandum
1 biji telur
sedikit garam
serbuk kunyit untuk pewarna

Cara Membuat:

  1. Satukan bahan-bahan tersebut selepas tu bancuh dengan air suam.

2. Uli sampai jadi doh dan bahagi-bahagikan doh tu kepada 5 atau 6 biji.

3. Selepas itu canai guna mesin mee.Naf beli mesin kecik saja harga pun murah RM 40 beli 5 tahun lepas.

4. Gelekkan sebiji-sebiji doh tadi dalam mesin mee. Kalau koyak taburkan tepung .Buat sampai tak koyak.

5.Selepas itu, gelekkan pula bentuk mee.

6.Bila dah siap semua…rebus mee dengan air panas. Bila dah timbul ertinya dah masak.Boleh angkat toskan.

7.Basuh dengan air supaya kanji dekat mee tu hilang.Kemudian boleh goreng ikut citarasa kita semua.

Info Ekstra!

*Sukatan tepung gandum, ikut berapa banyak yang kita nak. Semangkuk ni pun boleh dapat berat sekilo.

* Resipi ini tidak menggunakan tak gunakan air abu atau air kapur.

*Basuh dengan air supaya kanji dekat mee tu hilang.Kemudian boleh goreng ikut citarasa kita semua.

* Jika tiada mesin mee, potong dengan pisau pun boleh.

Siap!

Selamat mencuba.

Baca Disini: Tak Payah Beli Buat Je Sendiri, Kuey Teow Home Made Guna 3 Bahan!

MW: Mudah je kan nak buat mee kuning ni. Selepas ni mak-mak boleh buat sendiri je di rumah, tak perlu nak beli lagi. Lebih jimat, malah diyakini selamat, bersih dan suci bila buat sendiri!.

The post Buat Mee Kuning Sendiri Di Rumah Tanpa Pengawet, Hanya Guna 4 Bahan! appeared first on Mingguan Wanita.




No comments:

Powered by Blogger.