Ads Top

Allah Mencintai Orang Yang Bertaubat Berulang Kali

Bayangkan orang melakukan kesalahan kepada kita, mungkin sukar untuk kita memaafkan mereka. Paling tidak pun kita pasti memerlukan masa. Tetapi jika kesalahan tersebut diulang berkali-kali, memaafkan pasti terasa lebih sukar apatah lagi untuk menyayangi mereka semula.

Tetapi Allah tidak begitu. Betapa pemaafnya Allah sehingga Allah mengatakan Ø¥ِÙ†َّ اللَّÙ‡َ ÙŠُØ­ِبُّ التَّÙˆَّابِينَ
Maksudnya “Allah mencintai orang-orang yang bertaubat (berulang-ulang kali).

Dalam ilmu bahasa Arab” At-tawwab” di sini ialah suatu penggunaan perkataan yang membawa maksud pengulangan.

Maksudnya Allah benar-benar menyukai orang yang berulang kali melakukan taubat. Walaupun mereka tahu mereka berdosa, tetapi mereka tidak hilang harapan dengan diri sendiri untuk menjadi baik.

Mereka tahu dan percaya bahawa Allah Maha Penyayang dan mampu mengampunkan semua dosa, kerana cinta Allah tidak seperti cinta manusia.




No comments:

Powered by Blogger.