Ads Top

15 Tahun Tak Aktif Dalam Dunia Nyanyian, Kodan Mahu Buat ‘Comeback’

Setelah lebih banyak bekerja di belakang tabir, pelawak Kodan akhirnya menyatakan ingin kembali aktif dalam bidang nyanyian.

Kodan yang juga pernah aktif sebagai vokalis kumpulan Flava berkata, dia banyak terbabit dengan kerja-kerja pengurusan acara.

“Saya bermula dengan nyanyian menerusi kumpulan Flava dalam program Gang Starz musim pertama dan bernaung di bawah KRU Studios selama dua tahun menerusi beberapa buah single.

“Namun begitu, semuanya membawa haluan sendiri dan fokus pada kerjaya masing-masing. Mungkin peminat nampak saya lama menghilang, tetapi sebenarnya saya masih aktif,” ujarnya.

Kodan berkata demikian ketika hadir pada majlis memperkenalkan minyak wangi serta pelancaran single terbaharunya berjudul Lattafa yang berlangsung di Quill City Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, Kodan yang pernah menyertai program Raja Lawak 6 berkata, single Lattafa menjadi permulaan untuk dia kembali aktif semula dalam bidang nyanyian.

Ujarnya, dengan peluang merakamkan lagu baharu, dia akan berusaha dengan sebaik mungkin untuk menempa nama selaku seorang penyanyi.

“Pada usia 41 tahun sekarang ini saya bukan nak kejar glamor apabila aktif semula menyanyi. Kalau ada rezeki, saya anggap itu sebagai bonus.

“Sekurang-kurangnya bila orang mula kenal saya melalui lagu Lattafa ini, akan lebih mudah untuk saya hasilkan karya lain nanti,” ujarnya.

Selain bergelar vokalis kumpulan Flava dan peserta Raja Lawak 6, Kodan juga pernah menyertai program realiti lain seperti Pilih Kasih. – KopiPlanet.com

The post 15 Tahun Tak Aktif Dalam Dunia Nyanyian, Kodan Mahu Buat ‘Comeback’ appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.