Belum Ada Perbincangan Bersama Keluarga, Erra Fazira Nafi Bakal Berkahwin Dalam Masa Terdekat
Pelakon dan penyanyi popular, Erra Fazira menafikan dirinya bakal berkahwin dengan Ezwan Zain atau Mr. E dalam masa terdekat seperti dakwaan segelintir pihak.
Erra berkata, setakat ini masih belum ada sebarang perbincangan di antara keluarga kedua-dua belah pihak berkenaan perkara berkenaan.
“Oktober… Oktober bulan depan. Kalau memang bulan depan, dah tentu saya sekarang tengah sibuk buat persiapan. Cuma sekarang ini saya tak boleh nak ulas sebab belum ada sebarang perbincangan serius.
“Lagipun ia tak adil untuk keluarga kedua-dua pihak sebab mereka sendiri tak tahu. Saya tak mahu keluarga saya atau keluarga dia berkecil hati,” ujarnya.
Erra berkqtq demikian ketika ditemui semasa sesi ramah mesra bersama media yang berlangsung semalam.
Biarpun menafikan akan berkahwin dalam tempoh terdekat, Erra menyatakan dia sudah bersedia sekiranya ditakdirkan perkahwinan antara dia dan Mr. E akan berlangsung dalam tahun ini juga.
Erra berkata, dia juga akan berkongsi kepada semua pihak sekiranya sudah ada tarikh yang muktamad.
“Apapun saya terbuka… kalau family saya kata, semua pihak, semua ready, you are ready, you are ready, mak semua okey… kita buatlah on tahun ni. Saya tak kisah.
“Lagipun saya tak nak buat majlis yang terlalu mega, biarlah sederhana namun nampak meriah dan memberi kenangan tersendiri,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post Belum Ada Perbincangan Bersama Keluarga, Erra Fazira Nafi Bakal Berkahwin Dalam Masa Terdekat appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: