Amira Othman Selami Keperitan Jiwa Seorang Wanita Menerusi Single Baharu Dalam Sujudku
Selepas kejayaan lagu-lagu bernuansa balada dan kerohanian yang menyentuh perasaan, penyanyi berbakat besar Amira Othman tampil dengan karya terbaharunya berjudul “Dalam Sujudku”.
Ia merupakan sebuah lagu balada syahdu yang menyelami keperitan jiwa seorang wanita dalam perjuangannya mencari kekuatan dan ketenangan hati.
Dicipta dan diterbitkan oleh Farouk Roman dengan lirik oleh Senna, Dalam Sujudku membawa pendengar menghayati perjalanan emosi seorang insan yang terperangkap dalam hubungan toksik, namun masih menaruh harapan dan terus berdoa kepada Tuhan meskipun jiwanya semakin hilang dalam hubungan yang memudaratkannya.
Lebih istimewa, lagu ini turut dipilih sebagai lagu tema utama drama Dia Bukan Syurga, karya Rissa Ahdiya, yang akan mula bersiaran di Slot MegaDrama, Astro Ria, mulai 19 Mei 2025.
Mengiringi lirik yang penuh emosi dan penghayatan mendalam, vokal Amira menyerlahkan dilema batin watak utama, Nuha — seorang isteri yang dikongkong dan didera emosi oleh suaminya yang panas baran, Tajul.
Melalui bait-bait seperti “Jika aku terbunuh oleh cinta, biar mati di hatimu saja” dan “Oh Tuhan, ku memohon dalam sujudku, jika ini memang suratan ku, maka kuatkanlah jiwaku”, lagu ini mencerminkan konflik, kesabaran, dan penyerahan diri kepada takdir Ilahi.
Drama terbaharu Dia Bukan Syurga diarahkan oleh pengarah prolifik Rashid Sibir dan diterbitkan oleh Radius One Sdn. Bhd.
Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Ezzanie Jasny, Niezam Zaidi, dan Nazim Othman, drama ini mengisahkan tentang Nuha yang terperangkap dalam perkahwinan toksik bersama Tajul, sebelum perlahan-lahan bangkit semula setelah bertemu kembali dengan cinta lamanya, Arham.
Dalam Sujudku bukan sekadar lagu tema ia adalah suara batin seorang wanita yang terluka, namun masih tidak putus berharap dan berserah kepada takdir.
Lagu ini menyentuh hati penonton dan pendengar dengan mesej tentang kekuatan dalaman, harapan, dan keikhlasan dalam menghadapi luka cinta.
Bukan sekadar lagu tema, Dalam Sujudku adalah suara batin wanita yang tercedera, namun masih tidak putus berharap dan berserah.
Lagu ini menyentuh hati para penonton dan pendengar dengan mesej kekuatan dalaman, harapan dan pengharapan dalam menghadapi luka cinta. – KopiPlanet.com
The post Amira Othman Selami Keperitan Jiwa Seorang Wanita Menerusi Single Baharu Dalam Sujudku appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: