Baru Dua Tahun Bergelar Pelakon, Zarif Ghazzi Terharu Dengan Sokongan Peminat
Pelakon baru yang kini meningkat naik akan kerana bakat lakonannya menarik hati para pencinta drama, Zarif Ghazzi atau nama penuh, Zarif Farahi Bin Effie Ghazzi, yang baru sahaja menyambut hari ulang tahun ke-21 beliau pada 4 Jun lalu meluahkan rasa terharu.
Di kala sedang sibuk melaksanakan penggambaran selama sebulan di Perlis bersama heroin, Bella Dowanna Halim, Zarif luah rasa syukur akan selepas menerima kata-kata membina dan sambutan yang hangat daripada para peminat serta rakan industri pada hari lahirnya.
“Sejujurnya, ini kali pertama saya mendapat sambutan seperti ini di media sosial dan juga di set penggambaran. Sebak saya apabila ramai yang memberi ucapan bersama kata-kata yang menyokong saya dalam karier sebagai seorang pelakon,” ulas pelakon lelaki baru tersebut.
Menurut beliau, perjalanan sebagai seorang pelakon ini masih lagi baru dan pada masa yang sama, beliau masih lagi memerlukan tunjuk ajar daripada seluruh rakan industri hiburan.
“Saya berterima kasih atas rezeki ini kerana baru dua tahun lebih dalam industri hiburan ini dan saya sedar, masih banyak yang perlu belajar.
“Kata-kata sokongan dari ramai kawan industri serta peminat membuatkan saya ingin memberikan sebaiknya dalam setiap karya yang diamanahkan.” katanya dengan rendah diri,” ujarnya.
Zarif Ghazzi berterima kasih sepenuh hati dan juga mengharapkan seluruh keluarga, rakan media, rakan industri dan para peminat sentiasa menyokong beliau dalam apa jua yang dilakukan pada masa hadapan. – KopiPlanet.com
The post Baru Dua Tahun Bergelar Pelakon, Zarif Ghazzi Terharu Dengan Sokongan Peminat appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: