Tak Fasih Berbahasa Ibunda, Shweta Sekhon Terpaksa Belajar Bahasa Punjabi
Pelakon dan ratu cantik Malaysia, Shweta Sekhon mengakui kurang mahir bertutur dalam bahasa ibundanya sendiri iaitu Punjabi.
Shweta berkata, dia sebenarnya lebih fasih bertutur dalam bahasa Melayu menyebabkan menyebabkan dia terpaksa mempelajari bahawa punjabi demi wataknya dalam filem Keluang Man.
“Dalam filem Keluang Man, saya perlu bertutur dalam bahasa Punjabi dan ia merupakan antara cabarannya memandangkan saya jarang menggunakan bahasa berkenaan.
“Sebenarnya saya lagi fasih berbahasa Melayu memandangkan saya sendiri belajar di sekolah kerajaan, malah kawan-kawan juga ramai yang Melayu,” ujarnya.
Memegang watak Doktor Malini, pemilik nama sebenar Shwetajeet Kaur Sekhon itu memberitahu untuk memastikan dia nampak fasih bercakap Punjabi, dia terpaksa meminta bantuan neneknya dan rakan pelakon Anwaar Beg Moghal semasa menjalani penggambaran.
Dalam pada itu, Shweta menyatakan dia rasa cukup berbangga apabila berjaya untuk berlakong dalam filem Keluang Man memandangkan ramai ahli keluarganya adalah penggemar animasi bersiri berkenaan.
“Saya bukanlah dibesarkan ketika era generasi Keluang Man berbanding ahli keluarga lain. Jadi, saya perlu dalami watak berkenaan sebaik sahaja mendapat skrip.
“Banyak perkara yang perlu saya kaji, terutama sekali mengenali dan memahami lebih mendalam tentang karakter Doktor Malini ini,” ujarnya.
Keluang Man adalah siri animasi popular yang diperkenalkan pada akhir era 1990-an yang berjaya mencipta fenomena tersendiri serta menjadi kebanggaan Malaysia.
Karya arahan Anwari Ashraf ini turut membariskan pelakon seperti Nas-T, Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.
Filem aksi superhero ikonik Malaysia bakal menemui penonton bermula 29 Mei ini di seluruh pawagam di Malaysia. – KopiPlanet.com
The post Tak Fasih Berbahasa Ibunda, Shweta Sekhon Terpaksa Belajar Bahasa Punjabi appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: