Ads Top

Mas Idayu Akui Tidak Sedih Dengan Penceraian, Kini Bahagia Jalani Kehidupan

Penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu mendedahkan keputusan untuk berpisah dengan bekas suaminya, Muhammad Sufian Che Isa bukan dibuat mengikut perasaan semata-mata.

Mas Idayu berkata, sebelum membuat keputusan itu dia juga selepas mendapat nasihat daripada pihak sepatutnya serta sudah memikirkan sedalam-dalamnya.

“Sebenarnya sudah dua tahun saya bertahan dan saya sayangkan perkahwinan ini, malah saya sudah rujuk kepada kadi yang nikahkan saya, ustaz serta mutawif.

“Malah, saya solat istikarah setiap malam untuk minta pentujuk malah sejak bulan Rejab lau, saya sentiasa bersujud meminta pertujuk Allah,” katanya.

Penyanyi itu berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran single terbaharu berjudul Air Titik ke Batu yang berlangsung baru-baru ini.

Menceritakan lebih lanjut mengenai detik penceraian, Mas Idayu memberitahu dia sendiri memfailkan penceraikan tanpa pengetahuan bekas suami.

Namun dia tidak pernah menyorok kedatangannya ke mahkamah bagi memudahkan urusan penceraian itu.

“Saya tuntut cerai tak sorok-sorok tapi tak cerita pada orang, tapi Allah membantu lindungi aib penceraian saya. Saya tak rahsiakan kedatangkan saya ke mahakmah

Kata Mas, dia kini tetap bahagia selepas perpisahannya itu, namun berasa sedikit ralat kerana rasa mengecewakan peminat yang menyokong perkahwinannya.

“Saya sebenarnya tak sedih tentang penceraian saya ini. Cuma saya ralat dan kesian kepada mereka yang menaja perkahwinan kami. Saya gembira sangat-sangat dan saya harap pihak sana pun begitu,” ujarnya.

Pada masa sama, dia berharap orang ramai tidak memanipulasi cerita perceraian rumah tangganya kerana mereka tidak berada di dalam situasinya.

“Untuk orang-orang yang marahkan syaa, sebenarnya saya yang menuntut kalau isteri menuntut cerai tanpa sebab tak bau syurga tapi saya sangat- sangat layak

“Jangan manipulasi cerita atau play victim kalau tak tahu cerita ketika saya menuntut penceraian dia tidak tahu,” luahnya.

Terdahulu, Sufian yang juga Penerbit Eksekutif TV3 mengesahkan sudah berpisah dengan Mas Idayu pada 4 Mac lalu.

Untuk rekod, Mas Idayu dan Sufian berkahwin pada September 2022. Difahamkan mereka mula saling mengenali sejak program Mentor 3 iaitu pada tahun 2008 dan semakin akrab pada 2021.

Sebelum itu, Sufian pernah berkahwin dengan personaliti TV, Intan Suraya namun bercerai dan mempunyai seorang anak.

Mas Idayu juga pernah mendirikan rumah tangga bersama aktor, Aman Graseka pada tahun 1997 namun bercerai pada 2006. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Dayini Asyiqa, 27. – KopiPlanet.com

The post Mas Idayu Akui Tidak Sedih Dengan Penceraian, Kini Bahagia Jalani Kehidupan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.