Ads Top

Bekas Isteri Dakwa Jay Iswazir Paksa Gugurkan Kandungan, Selalu Kena Pukul & Maki Hamun

Setelah mengesahkan sudah bercerai pada bulan lalu, bekas isteri kepada pelakon Jay Iswazir iaitu Azzahra Ahmad iaitu membuat pendedahan yang mengejutkan.

Dalam satu posting di akaun Instagram miliknya, Azzahra mendakwa bekas suaminya itu telah memaksa dia menggugurkan kandungan serta dipukul dan menjadi mangsa maki hamun.

“Ye orang cakap aku tak cukup sabar kahwin dengan kau baru 2 tahun lebih dah nak berpisah tapi rasanya sanggup ke korang wahai wanita andai baru kawin 3 bulan pun dah makan maki hamun kena belasah ngan laki korang?

“Ada ke suami tergamak paksa isteri gugurkan anak sendiri??? Jantan tak guna macam kau je yang sanggup perlakukan isteri kau mcm tu,” luahnya.

Menurut Azzahra, Jay juga selalu menggambarkan diri sebagai seorang kelakar dan happy go lucky, tetapi hakikat sebenarnya pelakon itu adalah seorang yang baran.

Luahnya lagi, hidupnya juga hancur atas apa yang telah berlaku ke atas dirinya sehinggakan dia mengalami depresi dan pernah hampir mahu membunuh diri.

“Terima kash banyak2 atas apa yg kau dh buat pada aku pada ANAK KAU yang kau BUNUH!!! Hidup aku hancur sebab kau aku depress aku hampir nak gila hampir nak bunuh diri selama aku jadi isteri kau ahmad iswazir.

“CUKUPLAHHH KAU SAKITKAN AKU DAN CUKUPPLAHHH JANGAN TAMBAH LAGI PEREMPUAN LAIN YG KAU NAK JAHANAMKAN HIDUP,” ujarnya.

Jelasnya, selama ini dia tidak membuat sebarang laporan polis kerana mahu menjaga nama Jay supaya tidak mahu periuk nasi bekas suaminya itu sebagai pelakon terjejas. – KopiPlanet.com

The post Bekas Isteri Dakwa Jay Iswazir Paksa Gugurkan Kandungan, Selalu Kena Pukul & Maki Hamun appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.