Ads Top

Peluang Temui Lima ‘Hero’ Nasi Lemak’ Di Acara ‘I Eat Nasi Lemak’, Raikan Budaya Sarapan Pagi Malaysia

I Eat Nasi Lemak, acara paling popular FriedChillies akan kembali untuk dua hari yang juga untuk meraikan budaya sarapan pagi Malaysia. Ini sempena ROAD TO UNESCO – MERAIKAN WARISAN KITA. Acara yang dianjurkan bersama Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya dan Jabatan Warisan Negara, dengan kolaborasi Pertubuhan Kraft Malaysia akan mengabungkan lima hero nasi lemak dan dua lejen roti canai dan teh tarik yang dipilih khas oleh FriedChillies untuk satu hujung minggu yang penuh dengan kebudayaan.

Acara ini akan menghidangkan berbagai jenis nasi lemak dan lauk-pauk seperti sambal kerang, nasi pandan, ayam goreng berhantu, paru goreng power dan nasi lemak bungkus dan juga teh tarik dan roti canai. Sementara pengunjung menikmati jaduah sarapan pagi ini, mereka juga boleh  mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan persembahan yang disediakan untuk semua.

Acara ini juga adalah untuk UNESCO memartabatkan Budaya Sarapan Malaysia sebagai warisan dunia dengan nasi lemak, roti canai dan teh tarik sebagai budaya rakyat tempatan. CEO FriedChillies Mohd Adly Rizal kata, ‘FriedChillies selalu mengumpul hero-hero makanan di bawah satu bumbung supaya segala rakyat jelata  boleh makan beramai-ramai. Budaya makan Malaysia adalah unik dan acara macam I Eat Nasi Lemak mengingatkan semua orang yang ini budaya kita tak kira bangsa atau agama.’

Dr. Eyo Leng Yan selaku Pengarah, Bahagian Warisan Tidak Ketara di Jabatan Warisan Negara juga mengatakan, ‘Program ini merupakan inisiatif JWN untuk mempromosikan dan menggalakkan sebarang aktiviti berkaitan Budaya Sarapan di Malaysia dan Kebaya yang telah dicalonkan ke peringkat UNESCO pada tahun 2023. Kedua-dua pencalonan ini akan diinskripsi pada bulan Disember 2024 semasa sesi ke-19 Intergovernmental Committee for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage yang akan diadakan di Asuncion, Paraguay.

I Eat Nasi Lemak akan dibuka selama dua hari dari 9 pagi hingga 10 malam, dan terdapat pelbagai acara kebudayaan yang akan mengiringinya, termasuk ceramah dan demonstrasi makanan, serta Jom! Sarapan Kebaya pada hari kedua (Ahad, 8.30 pagi – 10.30 pagi) yang menggalakkan pengunjung berpakaian kebaya atau pakaian tradisional. Sebagai galakan pada hari itu, 1,000 pengunjung pertama yang berpakaian mengikut tema akan menerima satu nasi lemak percuma. Persembahan menarik seperti roti canai terbang, demonstrasi teh tarik oleh Teh Tarik Masters, dan pertandingan Roti Canai Tebar yang diketuai oleh pakar daripada Nasi Kandar Pelita dan Hameediyah juga akan dipersembahkan. Selain itu, terdapat juga persembahan kebudayaan seperti Wayang Kulit, Mak Yong, dan joget lambak, menjadikan acara ini sebuah pesta komuniti yang penuh meriah. 

Menurut Nik Faiz Nik Amin, Presiden Pengasas Malaysian Craft Council, “Acara seperti ini memainkan peranan penting dalam menyokong usaha pemeliharaan warisan kebudayaan negara kita. Kedua-dua kebaya dan nasi lemak merupakan calon untuk pengiktirafan UNESCO, dan melalui aktiviti seperti ini, kita dapat menunjukkan komitmen terhadap kelestarian warisan Malaysia. Ia juga memberi peluang kepada generasi muda untuk menghargai dan memahami kepentingan elemen-elemen ini dalam budaya kita.”

Untuk maklumat lanjut sila ke www.friedchillies.com atau IG @friedchillies. 

HERO-HERO NASI LEMAK

FriedChillies telah pilih hero-hero nasi lemak pada tahun ini bukan saja berdasarkan kehebatan lauk-pauk dan nasi tapi juga kapasiti mereka untuk terus menyediakan juadah nasi lemak yang tak putus untuk dua hari. 

Nasi Lemak Tanglin

Ni port nasi lemak OTAI yang Bermula dari satu gerai di Jalan Cenderasari. Lauk-pauk mereka semua ada keseimbangan dan secocok dimakan bersama. Untuk pesta ini mereka akan bawa sambal sotong yang digemari ramai, ayam Bali (rendang ayam kering) dan rendang daging. 

Nasi Lemak Ujang Corner

Tempat ini menyediakan lebih dari 100kg nasi pada satu hari. Beras direndam, distim separuh masak, disejukkan dan kemudian distim kali kedua dengan santan. Hasilnya? Nasi yang ceroi, wangi penuh dengan lemak santan ngam dengan lauk-pauk mereka. Bermula di Medan Selera Greenwood lebih kurang 40 tahun dul oleh Puan JuariahMohd Shariff, sekarang anaknya Puan Nora dah take over. Mereka akan menghidangkan sambal sotong, paru dan ayam goreng pada hari pesta bersama sambal mereka yang pekat, harum dengan cili dan bawang.

Nasi Lemak Angah

Ni fevret ni, Angah bersama keluarganya mula menjual nasi lemak dari flat mereka sehingga ada kedi yang hip dalam Pasar Sentul. Nasinya kehijauan penuh dengan aroma pandan and sambal mereka pedas-manis. Kitorang suka ayam masak merah kat sini dan pada hari pesta ini akan dihidangkan bersama ayam goreng berempah, sambal sotong dan sambal kerang (ons!) Jangan lupa pesan sepinggan cendawan goreng yang krup krap bersama nasi yang panas-panas.

Nasi Lemak Suri 223

Nasi Lemak Suri is one of the kings at Selera 223 foodcourt. Their packets of nasi lemak are packed fresh at all times of day. Now run by Mohd Lutfi who inherited it from his mum who in turn inherited it from her mum. The third-generation stall still retains his grandmother’s recipes in all of their cooking. The sambal has a mild heat and a bit of sweetness to it. Always gung-ho for action, catch them steaming their rice on-site and lauk like sambal sotong, sambal tempe kentang and paru goreng alongside mainstays like rendang and ayam goreng.

Nasi Lemak Burung Hantu

Budak baru dalam senarai kita Burung Hantu (nasi lemak larut malam) sudah mengumpul ramai giler peminat Setia sampai kena bukak satu lagi kedai yang lebih besar di TTDI. Datang tengah malam buta pun ayam goreng sini panas bersama rempah garing. Orang ramai suka sambal kat sini, pekat dengan kick sikit. Nasi yang digunakan adalah basmathi dan ikan bilis sentiasa rangup. Lauk pada hari pesta ialah paru berlado (kental dan manis-manis pedas), ayam goreng, sambal kerang, sambal sotong dna rendang daging.

Roti Canai and Teh Tarik

Oleh kerana ini ada pesta meraikan sarapan pagi Malaysia mestilah ada roti canai dan teh tarik! Kita ada dua lejen- Pelita dan Hameediyah. Kedua-kedua jenama ini yang sekarang banyak cawangan di ibukota datang dari Pulau Pinang. Pada pesta ini ada demo menebar roti canai dan juga pakar-pakar teh tarik yang akan memberi workshop. – KopiPlanet.com

The post Peluang Temui Lima ‘Hero’ Nasi Lemak’ Di Acara ‘I Eat Nasi Lemak’, Raikan Budaya Sarapan Pagi Malaysia appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.