Ads Top

Ella Dapat Penghormatan Nyanyikan Lagu Negaraku Sempena Acara Perlumbaan MotoGPTM

Pengumuman pertama AFTER RACE FEST telah menimbulkan keterujaan ramai. Dinamakan AFTER RACE FEST, pesta ini signifikan dengan penganjuran MotoGPTM yang bersifat energatik semperna ulang tahun ke 25 PETRONAS Sepang International Circuit (SIC).

AFTER RACE FEST bakal diadakan di lokasi terbaik iaitu Helipad, PETRONAS Sepang International Circuit pada 3 November bermula pukul 4 petang sehingga tengah malam.

Pada pengumuman pertama yang dibuat pada Julai lalu, pihak penganjur iaitu HIFIVE Entertainment telah mengumumkan kehadiran Smash Mouth dan Macklemore juga akan ditemani rakan penghibur yang tidak kurang hebatnya termasuk Nidji dan Feel Koplo (Indonesia), 6ixth Sense dan DE FAM adalah Phase 1 (fasa 1) yang akan melengkapkan erti pesta dalam AFTER RACE FEST.

Pihak HIFIVE Entertainment dan rakan strategik PETRONAS Sepang International Circuit teleh memilih barisan penghibur antarabangsa dan tempatan yang mempunyai piawaian TM.

Kini untuk fasa kedua- sebuah keterujaan diteruskan lagi apabila ELLA diumumkan sebagai bunga yang akan menyemarakkan lagi keserian AFTER RACE FEST yang akan berlangsung dengan meriahnya kelak.

Malah RATU ROCK MALAYSIA akan menyanyikan lagu negaraku untuk MotoGPTM. Semestinya sebuah penghormatan buat penyanyi kesayangan ramai yang semakin aktif dengan siri rangkaian konsertnya yang sentiasa ‘sold out’!

“Menjadi sebuah penghormatan untuk saya diberikan tanggungjawab menyanyikan lagu Negaraku pada acara MotoGPTM kelak. Dan selepas itu saya akan berkongsi pentas bersama Smash Mouth dan Macklemore bersama artis-artis Malaysia serta Indonesia yang lain. Jangan lupa untuk temui saya di AFTER RACE FEST nanti,” ujar Ella.

“Seperti tidak lengkap jika perlumbaan MotoGPTM diakhiri tanpa keraian dalam kalangan pengunjung. Maka kami di HIFIVE Entertainment dengan bangga menganjurkan AFTER RACE FEST bukan semata-mata bersifat hiburan.

“Sebaliknya meraikan pengunjung dari seluruh dunia ke MotoGPTM dengan pelbagai aktiviti lain termasuk pertunjukan drone dan persembahan bunga api sebagai signifikan penganjuran acara yang sukses,” ujar Sean Pereira, Pengarah Urusan HiFive Entertainment.

Bermula pada pukul 4 petang di Helipad, pengunjung boleh menyaksikan persembahan Feel Koplo & DE FAM dengan Segment Get StartedSegment Healing pula akan dikuasai oleh Nidji dan 6itxh Sense, diikuti dengan persembahan bertenaga dari Ratu Rock ELLA, Segment Lets Rock bersama Smash Mouth.

Dan semestinya kemunculan headliner– Macklemore di Segment Solidarity merupakan sebuah kemunculan solidariti yang ditunggu-tunggu. Tambahan pula penyanyi rap ini baru muncul dengan single terbaru bertajuk HIND’S HALL 2, lagu kolaborasinya bersama rapper Palestin MC Abdul, penulis lirik Amerika- Palestin Amer Zahr dan penyanyi Amerika, Anees Mokhiber.

Jangan sampai terlepas temu janji bersama AFTER RACE FEST di Helipad PETRONAS Sepang International Circuit pada 3 November ini kerana ia bukan tentang hiburan semata tapi pengalaman berbeza yang diberikan dalam penganjuran ini. – KopiPlanet.com

The post Ella Dapat Penghormatan Nyanyikan Lagu Negaraku Sempena Acara Perlumbaan MotoGPTM appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.