Ads Top

Ikon Cemerlang Masyarakat India Diiktiraf Menerusi Nambikkai Star Icon Awards 2024

Masyarakat India di Malaysia dilihat semakin maju sekali gua terus menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelbagai bidang, khususnya selepas menghadapi cabaran besar yang ketika pandemik COVID-19. 

Sehubungan itu, Portal Berita Tamil nombor satu Malaysia, Nambikkai menganjurkan Nambikkai Star Icon Awards 2024 pada 30 November ini bagi menghargai dan mengiktiraf pemain industri khasnya mereka yang terlibat dalam menghasilkan kandungan digital di kalangan kaum India. 

Pengerusi Nambikkai, Datuk Seri Mohamed Iqbal berkata, beliau melihat industri digital dalam negara semakin berkembang biarpun terdapat transformasi dari media cetak kepada platform digital yang ketara. 

“Sejak penubuhan Nambikkai yang sudah mencecah lebih 25 tahun, terdapat peralihan signifikan dari media cetak kepada platform digital, yang dilihat sebagai langkah strategik untuk terus relevan di era moden.

“Bergerak seiring dengan perkembangan dunia, pada 2021, daripada majalah fizikal, kita melancarkan sebuah portal dengan dengan fokus baharu iaitu seleps menghadapi kemerosotan penerbitan yang ketara akibat impak COVID-19. 

“Melalui sokongan yang kukuh daripada rakan-rakan dan komuniti, usaha ini telah berjaya mengubah platformnya dari cetakan kepada digital, menjadikannya lebih mesra kepada masyarakat,” katanya dalam majlis sidang media Nambikkai Star Icon Awards 2024 Pacific Regency Hotel Suites KH Tower, di sini, hari ini.

Katanya, penganjuran majlis berkenaan sudah memasuki tahun ketiga selepas mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada pemain industri dan juga rakyat negara ini yang turut sama mengundi individu dan organisasi yang layak diangkat sebagai ikon terbaik. 

“Anugerah ini antara lain bertujuan untuk mengiktiraf individu dan organisasi yang telah memberikan sumbangan berharga kepada masyarakat, negara, dan pelbagai bidang termasuk kesusasteraan dan sukan. 

“Sambutan terhadap anugerah ini amat meriah, menandakan bahawa masyarakat tidak hanya menghargai sumbangan yang diberikan, tetapi juga terlibat secara aktif dalam proses pengiktirafan ini,” katanya. 

Katanya, beliau berhasrat untuk meningkatkan bilangan penerima anugerah, dengan sasaran mencapai lebih 40 individu dan organisasi yang layak. 

“Proses pemilihan penerima adalah telus dan melibatkan penglibatan masyarakat secara langsung. Pencalonan dibuat secara sukarela oleh masyarakat, yang mencadangkan individu atau organisasi berdasarkan sumbangan mereka,” katanya. 

Menurutnya, sistem pemilihan yang digunakan adalah berdasarkan undian masyarakat. Sebanyak lima calon terpilih akan disenarai pendekkan, di mana masyarakat akan mengundi mereka yang dianggap layak menerima anugerah. 

Penganjuran majlis itu juga adalah komitmen untuk memastikan anugerah tersebut tidak hanya menjadi penghargaan, tetapi juga sebuah proses yang melibatkan semua lapisan masyarakat.

Dalam perbincangan mengenai masa depan inisiatif ini, Mohamed Iqbal turut menyatakan harapan untuk memperluaskan penyertaan kepada pelbagai kaum, termasuk Melayu dan Cina. 

“Meskipun inisiatif ini berfokus kepada masyarakat India Muslim, kita ingin membuka ruang pada masa akan datang bagi semua individu yang mempunyai sumbangan positif kepada masyarakat, tanpa mengira latar belakang etnik.

“Saya percaya melalui majlis ini, kita dapat mempereratkan lagi hubungan antara pelbagai kaum dan meningkatkan kerjasama dalam kalangan masyarakat. 

“Dengan adanya pengiktirafan yang lebih luas, diharapkan ia dapat mendorong lebih banyak individu untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat,” katanya.

The post Ikon Cemerlang Masyarakat India Diiktiraf Menerusi Nambikkai Star Icon Awards 2024 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.