Ads Top

‘Pusaka’ Inspirasi Kisah Seram Tentang Keris Legenda Empu Gandring

Industri perfileman Indonesia ternyata masih terus dihujani dengan filem-filem bergenre seram lantaran sambutan hangat penonton.

Yang terbaharu, sebuah lagi filem seram berjudul Pusaka yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 26 September ini.

Penerbit MVP Pictures, Amrit Punjabi berkata, filem arahan Rizal Mantovani itu adalah inspirasi daripada salah satu cerita legenda rakyat Indonesia.

“Idea utamanya adalah mengenai sumpahan keris milik Empu Gandring yang akan menimpa tujuh keturunan Ken Arok yang merupakan seorang bangsawan ketika zaman kerajaan Singhasari.

“Dalam perancangan untuk menghasilkan sebuah filem seram, pihak kami sepakat untuk menjadikan kisah keris Empu Gandring ini dalam jalan cerita Pusaka,” ujarnya.

Filem berkenaan mengisahkan tentang sekumpulan lima orang pengkaji iaitu Hanna, David, Sandra, Ade, dan Nina sebagai ketua.

Mereka pergi sebuah villa besar yang mempunya pelbagai koleksi barang-barang antik hingga pusaka untuk dijadikan sebuah muzium yang dimiliki oleh seorang kolektor bernama Risang Wisangko.

Sementara itu, Rizal selaku pengarah mengatakan jalan cerita yang ditampilkan ternyata mempunyai tahap keseraman yang tersendiri.

Jelasnya, selain menampilkan babak-babak seram yang menakutkan, kekuatan naskah berkenaan adalah paparan tentang bagaimana untuk terus bertahan hidup.

“Pusaka adalah sebuah filem yang cukup menarik untuk ditonton kerana ia bukan sekadar seram semata-mata. Ia turut menonjolkan erti perhubungan yang akrab, selain dengan bertahan hidup sama ada membunuh atau dibunuh,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post ‘Pusaka’ Inspirasi Kisah Seram Tentang Keris Legenda Empu Gandring appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.