Fazura Tekad Dengan Keputusan Tetap Mahu Bercerai Dengan Fattah Amin
Pelakon popular, Fazura memaklumkan dia tetap tekad dengan keputusan untuk bercerai dengan suaminya, Fattah Amin.
Menerusi satu perkongsian di akaun Instagram miliknya, Fazura berkata, keputusan itu dibuat demi kesejateraan hidupnya dan anak, Fatima.
“Keputusan yang telah Faz buat pada 13 September lepas bukanlah sesuatu yang diambil dengan ringan tanpa sebarang pertimbangan dan refleksi yang mendalam tentang masa hadapan Fatima dan Faz.
“Pada hari ini, Faz kekal nekad untuk meneruskan keputusan Faz sebelum ini demi maruah Faz sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz,” ujarnya.
Pada masa sama, pelakon itu juga memohon doa agar proses penceraian berkenaan dapat berjalan dengan baik dan lancar.
“Pertama sekali, Faz ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan, doa yang baik, kata-kata semangat serta bunga dan tanda hati kepada Faz sejak lebih seminggu yang lalu.
“Terima kasih sekali lagi diatas semua kata-kata semangat, sokongan dan semua doa untuk Fatima dan Faz sekeluarga,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post Fazura Tekad Dengan Keputusan Tetap Mahu Bercerai Dengan Fattah Amin appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: