Fikry Kiki Nafi Dibela Sugar Mummy, Tegaskan Modal Perniagaan Hasil Simpanan Sendiri
Pelakon Fikry Kiki menafikan dirinya dibela sugar mummy lantaran memulakan memulakan perniagaan dengan modal sebanyak RM600,000.
Fikry berkata, sebahagian modal yang yang digunakan untuk memulakan perniagaan produk kopi bancuh Liqufee adalah hasil simpanan miliknya sendiri.
“Saya akui tawaran lakonan yang diterima tidaklah banyak seperti pelakon-pelakon muda lain. Namun, saya sudah mula berlakon sejak berumur lima tahun.
“Kalau nak kata saya dibela sugar mummy memang tidak, saya masih tahu dosa pahala dan minta dijauhkan perkara sebegitu. Ayah dan ibu saya dah didik untuk berusaha cari duit sendiri,” ujarnya.
Fikry berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran produk Liqufee yang berlangsung pada petang semalam.
Sebelum ini, ada dakwaan yang mengatakan dia mempunyai hubungan istimewa dengan seorang wanita, Mabel Ira Bulan kerana sering dilihat meluangkan masa bersama sehingga ada yang menyangka dia dibela wanita berkenaan.
Mengulas mengenai perkara berkenaan, Fikry memberitahu Bulan adalah rakan kongsinya menerusi perniagaan kopi bancuh yang diusahakan bersama-sama.
Jelasnya, modal RM600,000 bagi membangunkan perniagaan tersebut juga bukan dikeluarkan sepenuhnya oleh Bulan tetapi sama rata.
“Sebenarnya modal bisnes RM600,000 itu adalah hasil daripada duit simpanan saya bersama rakan kongsi seorang lagi. Jadi saya harapa netizen yang menyindir saya di IG itu, henti-hentikanlah,” tegasnya.
The post Fikry Kiki Nafi Dibela Sugar Mummy, Tegaskan Modal Perniagaan Hasil Simpanan Sendiri appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: