Ads Top

Diana Danielle Mahu Buat Laporan Polis Gara-Gara Diugut Rogol Individu Tidak Dikenali

Pelakon popular, Diana Danielle mahu membuat laporan polis gara-gara diugut rogol seorang individu tidak dikenali di media sosial.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Diana menerusi satu posting yang dimuatnaik di Insta Story dengan menujukkan ugutan individu berkenaan.

“Ia adalah perkara yang sangat serius yang anda katakan dan saya sedang menunggu permohonan maaf atau saya akan mencari anda dan bawa ke mahkamah untuk apa yang anda hantar kepada saya.

“Hanya kerana ingin menjawab soalan tanpa dikenali, tidak bermakna anda boleh mengatakan apa sahaja yang anda mahu. Saya boleh mencari maklumat peribadi anda dengan mudah, jangan memandang rendah saya walau sesaat,” tegasnya.

Pada masa sama, pelakon Imaginur itu juga menyatakan bahawa dia sememangnya mengambil perkara tersebut dengan sangat serius.

Dalam pada itu, biarpun individu berkenaan sudah pun membuat permohonan maaf, namun Diana tetap mahu membuat laporan polis.

“Saya masih akan membuat laporan polis untuk benar-benar untuk anda sematkan dalam tengkorak tebal anda yang anda benar-benar mengancam untuk merogol saya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Diana Danielle Mahu Buat Laporan Polis Gara-Gara Diugut Rogol Individu Tidak Dikenali appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.