Ads Top

Tak Jadi Nikah Pada 31 Mei, Siti Jamumall Kahwin Dengan Lelaki Lain Di Thailand

Seorang usahawan dan influencer sensasi, Siti Jamumall mengejutkan ramai pihak apabila didakwa sudah bernikah di Satun, Thailand, pada awal bulan ini.

Lebih menguatkan dakwaan itu apabila Siti Jamumall, 25, atau nama sebenar Siti Suriani Wahiddin berkongsi video pendek bersama pasangannya dikenali sebagai Aiman Tak Kesah.

Namun begitu, Siti yang juga ibu kepada dua cahaya mata itu setakat ini belum bersedia untuk berkongsi lanjut mengenai perkara itu.

“Terima kasih atas doa semua. Insya-Allah, saya akan berkongsi lebih lanjut dalam masa terdekat. Doakan perjalanan saya ini dipermudahkan,” katanya ringkas.

Terdahulu, Siti sepatutnya bernikah pada 31 Mei lalu dengan seorang lelaki yang baharu dikenalinya namun majlis itu dibatalkan pada saat akhir atas faktor peribadi.

Malah, segala persiapan sudah dibuat termasuk jemputan kepada semua tetamu.

Namun, Siti mengambil pendekatan berdiam diri dan enggan mengulas mengenai pembatalan majlis itu. – KopiPlanet.com

The post Tak Jadi Nikah Pada 31 Mei, Siti Jamumall Kahwin Dengan Lelaki Lain Di Thailand appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.