Ads Top

Mawi Syukur Zim Zim Ala Kazim Dapat Kutipan RM1 Juta Dalam Tempoh Tiga Hari Tayangan

Asmawi Ani atau Mawi tidak menyangka filem arahan dan terbitannya, Zim Zim Ala Kazim berhasil mencatat kutipan RM1 Juta hanya dalam tempoh tiga hari tayangan.

Mawi berkata, keputusannya untuk menayangkan filem ini di pawagam adalah satu tindakan yang tepat dan berbaloi.

“Alhamdulillah, pertama sekali saya sangat bersyukur dengan kejayaan ini. Ternyata sambutan yang diterima sangat baik sehingga meraih kutipan yang tinggi di pawagam.

“Malah, komen-komen yang diberikan oleh mereka yang sudah menonton juga sangat positif dan saya rasa ia antara faktor filem ini mendapat sambutan,” ujarnya.

Sudah ditayangkan di pawagam sejak 13 Jun lalu, Zim Zim Ala Kazim mengisahkan tentang pendakwah popular, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias yang pernah terkena penyakit misteri akibat disihir.

Mengangkat Ustaz Kazim sebagai teraju utama, filem berkenaan turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Bell Ngasri, Anas Tahir, Mawi, Elvina Chuah, Zarina Anjoulie dan ramai lagi.

Dalam pada itu, Mawi berharap agar filem berkenaan akan terus mendapat sambutan hangat di pawagam.

“Selain mengarah dan berlakon, saya juga bertindak sebagai penerbit dan pastinya harapan saya agar kutipan filem ini terus meningkat.

“Apapun saya tetap berterima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong filem ini, kepada yang belum menonton pula cepat-cepatlah ke pawagam,” ujarnya.

Zim Zim Ala Kazim adalah filem kedua arahan dan terbitan Mawi yang ditayangkan di pawagam selepas filem Tiada Tajuk. – KopiPlanet.com

The post Mawi Syukur Zim Zim Ala Kazim Dapat Kutipan RM1 Juta Dalam Tempoh Tiga Hari Tayangan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.