Ads Top

Redza Rosli Tamatkan Zaman Bujang, Kini Sah Bergelar Suami Kepada Bella Hanna

Dengan sekali lafaz, pelakon popular Redza Rosli akhirnya kini selamat bergelar suami kepada pelakon baharu, Bella Hanna pada pukul 4.05 petang, sebentar tadi.

Pada majlis berkenaan, pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Bella sendiri, Rosman Abdullah dan disaksikan oleh Jurunikah, Ustaz Mohd Mustaqim Mujahidin.

Redza atau pemilik nama sebenar Ahmad Redza Rosli, 32, menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM3,000 manakala wang hantaran dirahsiakan.

Sementara itu, pelakon drama Rindu Yang Terindah turut memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh daripada pihak Bella.

Majlis bertemakan warna putih itu diadakan secara sederhana di Forest Valley Hall, Cheras, dengan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

Antara rakan selebriti yang memeriahkan adalah Adam Lee, Sweet Qismina, Datin Intan Najuwa, Erysha Emyra, Zamarul Hisyam, Diana Rafar, Datin Elvina.

Untuk makluman, Redza dan Bella atau nama sebenarnya Farhana Nabila, 28, pernah bergandingan dalam satu drama Luruhnya Bunga Cinta yang ditayangkan di TV3. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram @thelova.com

The post Redza Rosli Tamatkan Zaman Bujang, Kini Sah Bergelar Suami Kepada Bella Hanna appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.