Ads Top

Jom Serbu Sunway Putra Mall Sempena Acara Seafood Festival 2024

Buat mereka yang merupakan penggemar makanan laut, FriedChillies dengan kerjasama Sunway Putra Mall kini menganjurkqn acara Seafood Festival 2024 yang berlangsung pada hari ini dan esok.

Acara Seafood Festival 2024 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Sunway Putra Mall menjadi ‘syurga’ mereka yang mencintai makanan laut.

Ketua Pegawai Operasi FriedChillies, Mohd Adly Rizal berkata, sebanyak 15 vendor menyertai acara berkenaan yang khusus kepada hidangan berasaskan hasil laut.

“Kami pernah menganjurkan Nasi Kandaq Fest 2023 yang menerima respons baik dan tular di media sosial. 

“Ia menjadi pembakar semangat untuk meneruskan acara berkonsepkan festival makanan namun kali ini mengetengahkan makanan laut (seafood),” ujarnya.

Adly berkata, penganjuran festival berkenaan adalah satu peluang kepada penggemar makanan laut untuk menikmati pelbagai hidangan yang dijual oleh peniaga di festival ini.

Jelasnya, harga makanan yang ditawarkan pula adalah sangat berpatutan dan pengunjung akan mempunyai pelbagai pilihan untuk memilih makanan yang mereka gemari.

“Orang rasa makanan seafood mahal, tapi untuk hari ini kebanyakan vendor kami menawarkan harga yang berpatutan namun masih mengekalkan kualiti terbaik. 

“Malah, ada juga disediakan hidangan unik yang mesra muslim, kesemua 15 vendor menampilkan hidangan signatur tersendiri,” jelasnya.

Menurutnya, antara vendor yang terlibat dalam Seafood Festival 2024 ialah Kingu Kongu, seafood spread dari Ombak Kitchen, Grill Haven, Ikan Bakar Bellamy, Sushika, Crispy Chippy, Top Catch, Bolok Troops, Udang Galah dari MRos dan oyster segar dari Penang Oyster Park.

“Bagi kami sebagai pencinta makanan, mereka (peniaga) adalah ‘artis’ dan ‘selebriti’. Mereka ibarat ‘hero’ kepada penggemar makanan laut (seafood) yang gigih berniaga siang dan malam. 

“Malah, ada segelintir peniaga yang menyertai acara ini sanggup turun ke laut mencari hasil laut yang segar demi acara hari ini. Jadi, kami mahu memperkenalkan mereka kepada semua. Itulah keunikan Seafood Festival 2024,” kata Adly.

Selain acara jualan makanan, turut diadakan pelbagai aktiviti menarik lain seperti eating competition, seafood chowder demo, live music dari Disko Santan dsb dan juga coloring and photo contest.

Pada masa sama, Adly turut menyasarkan seramai 15,000 pengunjung yang akan datang sepanjang dua hari festival berlangsung. – KopiPlanet.com

The post Jom Serbu Sunway Putra Mall Sempena Acara Seafood Festival 2024 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.