Ads Top

Pameran The Daydream Believers Akan Tampilkan Potret & Perjalanan Seni Kumpulan K-Pop Ternama

Pameran yang dinanti-nantikan peminat K-pop, The Daydream Believers yang menampilkan potret dan perjalanan seni kumpulan ternama Korea Selatan termasuk BTS, Tomorrow X Together, Enhypen, Le Sserafim, Fromis_9 dan &Team bakal berlangsung tidak lama lagi di Malaysia.

Pameran anjuran Yes Travel & Holidays dan Sat Entertainment tersebut akan diadakan dari 1 Julai hingga 1 September (pukul 10 pagi hingga 10 malam) di Lalaport BBCC, Bukit Bintang , Kuala Lumpur.

Menyusuli Seoul, Jepun, dan lokasi penganjuran terakhirnya di Taipei sebelum ini, pameran berkenaan bakal menampilkan potret 54 artis daripada 7 kumpulan tersebut diiringi dengan kisah perjalanan mereka dalam merealisasikan impian mereka sebagai kumpulan K-pop kontemporari yang terkemuka dunia.

Para peminat berpeluang untuk mendalami dengan lebih dekat kisah di sebalik kejayaan kumpulan muzik ternama tujuh kumpulan fenomena tersebut.

Pameran ini turut menawarkan pengalaman yang menyeluruh kepada peminat dengan mempersembahkan gambar-gambar artistik, pakaian asal yang dipakai oleh artis, dan kisah-kisah mereka kejayaan masing-masing.

Selain itu, ruang pameran akan menampilkan zon foto yang luas untuk merakamkan detik- detik yang tidak dapat dilupakan dalam gambar dan juga jualan barangan eksklusif yang pastinya akan memberi kejutan untuk peminat K-pop Malaysia.

Selain diskaun pembelian tiket awal (RM88), para peminat juga boleh menyertai “The Daydream Believers Party” – sebuah konsert muzik kecil yang dianjurkan oleh Notes by YGM.

Tambahan lagi, persembahan tarian “The Daydream Believers K-Pop Dance Flash Mob” akan diadakan di jalan-jalan Bukit Bintang.

Tambahan pula, penganjur juga memperkenalkan pakej “Lawatan Kuala Lumpur The Daydream Believers” yang membolehkan para peminat membeli tiket bas istimewa untuk lawatan di sekitar Kuala Lumpur.

Para penumpang bas tersebut boleh melawati mercu tanda ikonik Kuala Lumpur dan setelah menyelesaikan tugas-tugas lawatan yang diberikan akan menerima hadiah misteri yang eksklusif.

Harga tiket adalah RM138, dengan diskaun pembelian awal sebanyak RM88 untuk pembelian yang dibuat sebelum 1 Julai.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan pembelian tiket, sila layari laman web rasmi tiket di www.ticket2u.com.my. – KopiPlanet.com

The post Pameran The Daydream Believers Akan Tampilkan Potret & Perjalanan Seni Kumpulan K-Pop Ternama appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.