Ads Top

Adriana Adnan Teringin Nak Ajak Khairy Jamaluddin Jadi Tetamu Podcast ‘Ruang Terbuka’ Kendaliannya

Setelah mencipta nama sebagai pengacara dan pelakon, selebriti yang semakin meningkat naik kini mula menceburi bidang yang baharu dengan mengendalikan podcast.

Dikenali sebagai podcast ‘Ruang Terbuka’, Adriana memberitahu dia berminat untuk mengendalikan podcast sendiri kerana minatnya yang sangat mendalam dalam dunia pengacaraan.

“Sebelum ini, saya pernah menjadi pengacara untuk program hiburan HLive. Selepas itu, saya lebih banyak fokus kepada bidang lakonan pula.

“Namun, jiwa saya masih tetap kuat untuk mengacara dan akhirnya timbullah idea untuk mengendalikan podcast ‘Ruang Terbuka’,” ujarnya.

Adriana berkata, bersesuaian dengan dengan nama podcast berkenaan, ia membincangkan pelbagai topik-topik yang menarik.

Ujarnya, untuk musim pertama sebanyak lapan episod telah ditayangkan dengan menampilkan tetamu yang terdiri daripada artis, selebriti dan influencer.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai siapakah gerangan individu yang ingin diundangnya menjadi tetamu ‘Ruang Terbuka’, Adriana mengakui dia teringin untuk mengundang Khairy Jamaluddin.

“Untuk musim kedua nanti saya pernah cakap nak undang Khairy sebagai tetamu. Saya nak borak dengan beliau, bagaimana transisi beliau daripada seorang ahli politik dan kini menjadi seorang selebriti dan influencer.

“Kalau boleh saya nak tanyakan sendiri kepada beliau, mana yang lebih seronok sama ada jadi ahli politik atau selebriti,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Adriana Adnan Teringin Nak Ajak Khairy Jamaluddin Jadi Tetamu Podcast ‘Ruang Terbuka’ Kendaliannya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.