Ads Top

Disyaki Tunjuk Kemaluan & Buat Panggilan Lucah, Influencer Ditahan Polis

Seorang influencer telah ditahan polis selepas disyaki menunjukkan kemaluan dan bercakap lucah kepada seorang wanita menerusi panggilan video baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, polis telah menerima laporan daripada seorang wanita berusia 24 tahun yang dibuat pada pukul 4.50 petang, 17 Mei lalu.

“Pengadu yang tidak bekerja mendakwa menerima panggilan video daripada seorang lelaki yang dikenalinya semasa berada di rumahnya di Taman Melewar.

“Hasil siasatan awal, pengadu berkenalan dengan suspek sejak awal bulan ini melalui laman sosial Instagram. Suspek membuat panggilan video kepada pengadu dan menunjukkan kemaluannya serta bercakap lucah dengan pengadu. Pengadu kemudian membuat laporan polis,” katanya.

Berdasarkan laporan yang telah dibuat, beliau berkata, polis menahan suspek petang kelmarin sebelum dibebaskan dengan jaminan sebaik selesai merakam keterangannya.

Mohamad Lazim berkata, siasatan juga mendapati suspek dan pengadu pernah berjumpa sebelum ini.

Katanya, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Tambahnya, kertas siasatan yang lengkap akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati menggunakan media sosial dan tidak mudah terpedaya dengan individu baru dikenali.

Lelaki berusia 27 tahun terbabit ditahan pada 2.25 petang kelmarin untuk membantu siasatan. – KopiPlanet.com

The post Disyaki Tunjuk Kemaluan & Buat Panggilan Lucah, Influencer Ditahan Polis appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.