Ads Top

Tiga Penyanyi Hebat Bakal Gegarkan Johor Bahru Sempena Divas & Diamonds 2024

Berita baik buat semua ‘kaki’ konsert! Konsert Divas & Diamonds 2024 yang menampilkan barisan penyanyi terkemuka bakal berlangsung di Arena Larkin, Johor Bahru pada 7 September ini.

Konsert Divas & Diamonds 2024 akan menyaksikan gabungan tiga penyanyi hebat dari Malaysia dan Indonesia iaitu Datuk Rossa, Datuk Jamal Abdillah dan Dayang Nurfaizah. 

Lebih istimewa lagi, penganjur konsert iaitu Mega Eve Sdn Bhd ini turut memberi kejutan dengan menampilkan seorang lagi superstar yang cukup hebat namun akan diumumkan kelak.

Ketiga-tiga barisan penyanyi yang bakal menggegarkan Arena Larkin pada September nanti merupakan permata utama industri negara malah ada di antara mereka sudah memiliki lebih daripada 60 album.

Semasa sidang media yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada Isnin, Rossa akui sudah merindui peminat- peminatnya di Johor Bahru setelah hampir sedekad tidak berkunjung di negeri tersebut.

Sementara itu, Datuk Jamal Abdillah meluahkan rasa syukur dengan peluang yang diberikan untuk membuat persembahan pada konsert berkenaan.

“Divas & Diamonds 2024 adalah platform terbaik untuk saya bertemu peminat saya di Johor Bahru dan saya tidak sabar untuk menghiburkan peminat saya di sana.

Sementara itu, Dayang Nurfaizah berkata penglibatannya dalam konsert ini merupakan satu penghormatan buat dirinya selain menyifatkan Konsert Divas & Diamonds ini satu konsert yang sangat istimewa.

Ketua Pegawai Eksekutif Mega Eve Sdn Bhd, Dr Farhan Razali berkata lima peratus daripada hasil tiket akan disalurkan bagi menyokong bantuan di Gaza, Palestin.

Harga tiket untuk Divas & Diamonds bermula dari RM288 hingga RM888 dan tiket boleh dibeli di Ticket2u.com. – KopiPlanet.com

The post Tiga Penyanyi Hebat Bakal Gegarkan Johor Bahru Sempena Divas & Diamonds 2024 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.